Siakap Keli

Feri Terbakar : Maklumat Awal Punca Kebakaran Dari Bilik Enjin

Kuala Lumpur : Kebakaran feri penumpang di perairan Langkawi, Kedah hari ini dipercayai bermula dari bilik enjin susulan laporan awal yang diterima Jabatan Laut Malaysia (JLM).

Menurut kenyataan JLM hari ini, sistem maklumat dan pemantauan trafik perkapalan (VTMIS) menerima panggilan daripada nakhoda feri penumpang Dragon Star 1 memaklumkan bilik enjin feri tersebut terbakar kira-kira 2.55 petang.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi kejadian kira-kira 3.16 petang dan kebakaran dapat dikawal pada 4.45 petang.

Kapal Jabatan Laut Malaysia, SUHAIL telah menunda feri penumpang Dragons Star 1 itu ke kawasan labuhan untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang tadi, 52 penumpang berdepan detik cemas apabila feri yang dinaiki terbakar ketika dalam perjalanan dari Kuah menuju ke Kuala Perlis.

Sebanyak enam bot yang berada di sekitar lokasi kejadian berjaya membantu semua mangsa ke terminal penumpang di Kuah manakala dua mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Susulan kejadian itu, JLM telah menubuhkan sebuah pasukan penyiasat bagi menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca kejadian.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.