Siakap Keli
Gambar Hiasan

(Video)Pakistan Dakwa Tembak Jatuh Dua Pesawat Pejuang India Ceroboh Wilayahnya

Jurucakap tentera Pakistan mendakwa bahawa dua buah pesawat pejuang milik Tentera Udara India telah ditembak jatuh dalam wilayahnya di sempadan Kashmir, hari ini.

Salah seorang daripada juruterbang pesawat tersebut turut disahkan berjaya ditangkap.

”PAF menembak jatuh dua pesawat pejuang milik India. Salah sebuah daripadanya jatuh di dalam wilayah kami, manakala sebuah lagi jatuh dalam wilayah India.

”Seorang juruterbang pesawat berkenaan juag berjaya ditahan ketika dia mendarat dengan payung terjun,” kata jurucakap tersebut.

India sebelum ini pernah menuduh pesawat Tentera Udara Pakistan kerap menceroboh wilayahnya, sekaligus mencetuskan kebimbangan kemungkinan perang diantara dua kuasa nuklear di Asia Selatan tersebut.

Selain itu, India juga menuduh pesawat PAF menggugurkan bom di dalam wilayahnya sebelum ini ketika diusir keluar oleh pesawat tentera udara miliknya.

Namun tuduhan tersebut dinafikan oleh Pakistan dan mendakwa bom itu digugurkan kerana tenteranya ketika itu sedang menjalankan operasi ketenteraan dalam wilayahnya.

India bagaimanapun baru-baru ini pernah mengebom kedudukan yang didakwa sebagai kem latihan kumpulan pengganas, Jaish-e-Mohammed (JeM) di wilayah Kashmir belah Pakistan sehingga mencetuskan kemarahan negara jirannya itu.

India juga berkata serangan tersebut sebagai balasan diatas tindakan kumpulan pengganas berkenaan menyerang pos tentera di wilayah Kashmir belah India yang meragut nyawa 40 orang anggotanya, 14 Februari lalu.

Serangan berkenaan disifatkan berjaya oleh India dengan mendakwa bahawa berlaku kerosakkan besar pada kedudukan musuh dan menyebabkan kehilangan nyawa, bagaimanapun perkara berkenaan dinafikan oleh Pakistan.

Namun akibat tindakan tersebut, Pakistan berikrar untuk bertindak balas di masa depan sekiranya negara jirannya itu sewenag-wenangnya melakukan aktiviti ketenteraan dalam wilayahnya.

Sumber: Channel News Asia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.