Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan - Google

Perokok Tegar, Ini 5 Makanan Semulajadi Bantu Kurangkan Ketagihan Nikotin Anda

Mesti ramai yang dah cuba nak berhenti merokok tapi tewas ditengah jalan bila sedar yang anda langsung tak boleh hidup tanpa rokok.  Walaupun ramai yang mengetahui tentang keburukan merokok yang langsung tidak mendatangkan faedah selain membazirkan duit, tapi sukar untuk para perokok ini sedar kerana sudah ‘dipengaruhi’ nikotin yang tebal dalam badan.

Terdapat beberapa ubat farmaseutikal berkesan dijual, pun begitu harganya dirasakan sangat mahal untuk diambil secara harian.  Oleh itu, hari ini kami kongsi beberapa bahan semula jadi yang boleh membantu mengurangkan ketagihan merokok anda.  Kita usaha dulu, mana tahu ianya berhasil kan?

Air

Antara sebab nikotin menjadikan anda begitu ketagih adalah kerana ia meresap ke dalam tubuh sebagai toksin.  Ia masuk ke dalam sistem dan sukar untuk keluar.  Jadi, air adalah penyahtoksik semula jadi yang mampu membersihkan sistem badan anda lebih baik.

Badan memerlukan air yang secukupnya untuk mengatasi kesan bahaya daripada tembakau dan nikotin.  Ketika anda mula meninggalkan tabiat merokok, badan akan mula menyahtoksifikasi dan fungsi air akan memberi rangsangan tambahan, mempercepatkan proses serta membantu melawan ketagihan.

Halia

Ada diantara anda yang cuba untuk berhenti merokok akan rasa mual dan itu adalah gejala biasa dihidap oleh mereka apabila cuba berhenti.  Untuk menghilangkan rasa loya ini, halia boleh membantu untuk menenangkan perut dan mengatasi rasa mual.

Cara paling mudah, masukkan hirisan halia ke dalam secawan teh dan minum.  Ia akan membantu melawan rasa ingin merokok anda.

Vitamin

Multivitamin yang mengandungi vitamin A, C dan E sangat baik untuk memulihkan badan dan memberikan nutrien penting yang diperlukan untuk mengeluarkan toksin.  Vitamin C antaranya mampu menghilangkan ketagihan merokok.  Contoh vitamin C seperti lemon, oren, jambu batu dan strawberi.

Ginseng

Ambil kira-kira 1 sudu serbuk ginseng dan tambah pada jus, bijirin, oat atau sup anda. Lebih baik jika diambil diwaktu awal pagi kerana ini boleh melawan keinginan merokok sepanjang hari.

Jus Anggur

Asid dalam jus adalah detoksif semula jadi serta berfungsi meremajakan sistem dan membersihkan toksin lebih cepat.

Sumber : vaping daily

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.