Siakap Keli

Replika Saiz Sebenar Kapal Titanic Hampir Disiapkan, Kabin Termahal Berharga RM60 Ribu Semalam

Beberapa keping gambar yang tular di media sosial menunjukkan kerja-kerja pembinaan replika kapal Titanic saiz sebenar sedang memasuki fasa-fasa akhir, di China.

Kerja-kerja pembinaan yang menelan belanja jutaan dolar itu dimulakan sejak 2016. Kapal berkenaan apabila siap kelak akan ditempatkan di taman tema Sichuan dan akan dibuka kepada pelancong.

Romandisea, iaitu syarikat yang bertanggungjawab membina kapal berkenaan pada awalnya berhajat untuk memasang satu teknologi canggih pada replika kapal tersebut bagi membolehkan para pengunjung merasai pengalaman Titanic sebenar ketika berlanggar dengan iceberg.

Bagaimanapun keputusan tersebut terpaksa dibatalkan setelah menerima bantahan daripada keluarga mangsa Titanic yang menganggap ia sebagai ‘menyedihkan’.

Mempunyai panjang 269.06 meter dan selebar 28.19 meter, replika Titanic akan berlabuh secara kekal dengan sebahagian kapal berada dalam air pada kedalaman 10.54 meter di Sungai Daying Qi.

Jika segala perancangan berjalan lancar, para pengunjung berpeluang untuk melawat kapal berkenaan bermula tahun depan.

Para pengunjung yang berhajat untuk menginap dalam salah satu kabin replika tersebut perlu membayar sebanyak 3,000 Yuan (RM 1,823) semalam manakala kabin paling mahal boleh ditempah pada harga 100,000 Yuan (RM 60,077) semalam.

Selain dilengkapi dengan kabin, replika Titanic ini juga turut menempatkan ruang-ruang mewah lain antaranya dewan makan, dewan tari, bar dan kasino.

Titanic merupakan sebuah kapal mewah yang dibina di United Kingdom dan karam pada tahun 1912 ketika kali pertama berlayar di lautan akibat berlanggar dengan iceberg. Dalam kejadian berkenaan, seramai 1,500 penumpang terkorban.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di