Siakap Keli

Wanita Suntik Cecair Peluntur dan Sabun Ke Tubuh Anak Hingga Berdarah Dengan Alasan Sudah Tidak Sayang Lagi

Seorang wanita kejam di Istanbul, Turki menyuntik bayi perempuannya dengan cecair peluntur hingga keluar darah dari hidungnya dengan alasan dia sudah tidak sayang dengan anaknya lagi.

Dia juga dilaporkan mencederakan anaknya yang berusia sembilan bulan itu menggunakan pisau cukur dengan sengaja sehingga menyebabkan keretakan pada tengkorak kepalanya.

Wanita itu mengakui di mahkamah bahawa dia ‘hilang’ rasa kasih sayang terhadap anaknya dan mengambil keputusan untuk menderanya selama hampir 18 bulan.

“Sejak umurnya sebulan, saya telah menyuntik campuran cecair peluntur dan sabun ke dalam telinga, hidung dan pusatnya hingga berdarah. 

” Kemudian saya akan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan tetapi apabila pulang ke rumah saya akan mengulangi perbuatan yang sama. Kadangkala saya juga melukakan kepala, mata, kaki, lengan dan dadanya menggunakan pisau cukur,” ujarnya tanpa rasa bersalah.

Bapa kepada bayi tersebut yang hairan dengan keadaan anaknya menghantarnya semula ke hospital tetapi wanita itu kembali mengambilnya semula sebelum menyiksa bayi itu lagi.

Apabila ditanya mengenai keadaan anaknya yang cedera, ibunya tidak mengaku bersalah membuatkan orang lain tidak menuduhnya lagi.

Kesihatan bayi itu mula merosot lagi sebelum dimasukkan ke hospital buat kali ketiga dan pihak hospital melarang wanita itu berada dekat dengan anaknya sehingga sembuh.

Akhirnya selepas didesak dengan soalan bertubi-tubi mengenai kecederaan anaknya, wanita tersebut akhirnya menyerahkan diri kepada pihak polis dan mengakui semua kesalahan yang dilakukan.

Dia kini berada di dalam tahanan pihak polis sementara menunggu perbicaraan selanjutnya bagi mengetahui hukuman yang akan dijalaninya.

Sementara itu, bayi tersebut kini berada dalam keadaan sleamat dan stabil di bawah jagaan bapanya.

Sumber: Mirror.Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar