Siakap Keli

Kejam, Bapa Belasah Dan Tikam Anak Hingga Cedera Parah Kerana Enggan Siapkan Kerja Sekolah

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera cedera parah akibat dibelasah dan ditikam oleh bapa kandungnya yang berang kerana dia tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberi guru.

Pelajar dari salah sebuah sekolah di wilayah Hunan, China itu diberi tugasan oleh gurunya untuk diselesaikan semasa cuti musim sejuk namun dia gagal menyiapkannya sehinggalah semester baru bermula.

Bapanya yang mengetahui hal itu menjadi berang dan mengarahkan anaknya melutut sebelum dia mula memukul budak itu tanpa henti.

Menurut laporan, apabila nenek kepada kanak-kanak itu cuba meleraikan, ayahnya semakin naik hantu dan mengambil pisau di dapur sebelum menikam anaknya hingga berlumuran darah.

Lelaki tersebut segera berhenti mencederakan anaknya selepas dia kanak-kanak itu merayu sambil menunjukkan luka bekas tikaman membuatkannya segera menghantar anaknya ke hospital.

Menurut ibu tirinya, kanak-kanak itu sememangnya degil dan enggan menyiapkan tugasan sekolah membuatkan bapanya sering naik angin.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada polis tempatan memberkas lelaki tersebut atas kesalahan dera yang dilakukannya.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar