Siakap Keli

Polis China Perkenalkan Teknologi Kesan Identiti Orang Walaupun Tutup Muka Melalui Cara Berjalan

Tanpa kita sedari, melalui cara seseorang itu berjalan pun kita boleh mengenal mereka tanpa melihat wajah dengan jelas.

Sama seperti teknologi baru yang dilancarkan pihak polis di China ia mampu menganalis ribuan metrik mengenai gaya seseorang berjalan dari pergerakan tubuh serta tangan dan menyimpannya di pangkalan data.

Perisian tersebut juga mampu mengesan identiti seseorang sejauh 50 meter meskipun menutup muka, memakai topeng atau membelakangi kamera.

Menurut Huang Yongzhen yang merupakan naib pengerusi syarikat Watrix yang menghasil teknologi itu, pengesan identiti sebelum ini memerlukan seseorang untuk berdiri di hadapan kamera tetapi dengan teknologi baru mereka, pergerakan tubuh badan juga mampu mengesan identiti seseorang.

Teknologi ini digunakan untuk menangkap penjenayah yang lari dan tidakdapat dikesan identitinya berikutan pemakaian yang menutupi tubuh dan wajah sepenuhnya selain tidak menghadap kamera.

Watrix kini sedang bekerja sama dengan polis di bahagian Beijing, Shanghai dan Chongqing dan telah melancarkan versi terbaru teknologi itu yang telah di naik taraf bagi memberikan hasil yang terbaik.

Sumber: SCMP

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar