Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut apabila dihempap bapanya yang jatuh dari bumbung ketika sedang membaiki atap kediaman mereka.
Pasquale meninggal dunia di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan di kepala yang serius.
Ketika kejadian, bapanya, Gabrielle, 55 sedang membaiki atap sebelum ditiup angin kencang di wilayah Rome dan jatuh menimpa anaknya sendiri.
Gabrielle yang turut mengalami kecederaan segera menghubungi ambulans dan ketika pasukan paramedik tiba di lokasi, anak lelaki sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Menurut jurucakap polis, Gabrielle masih berada dalam keadaan trauma dan sedih di atas tragedi yang berlaku.
Kejadian ini disenaraikan sebagai salah satu antara lima kejadian maut lain melibakan angin kencang yang membadai Itali pada Sabtu lalu.
Sumber: The Sun