Siakap Keli

Walaupun Baru Berusia Sembilan Tahun, Kanak-Kanak Lelaki Ini Berani Cuba Merompak Kedai Emas Guna Pistol Palsu

Seorang budak lelaki berumur sembilan tahu diusir keluar dari sebuah kedai emas selepas dia melakukan cubaan merompak menggunakan pistol palsu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai yang terletak di Argentina itu menunjukkan kanak-kanak itu masuk ke premis tersebut sebelum mengeluarkan pistol palsu dari seluarnya.

Insiden tersebut berlaku di sebuah kedai perhiasan di timur wilayah Argentina pada 16 Februari lalu.

Ketika kejadian, budak lelaki itu datang ke arah pemilik kedai tersebut sebelum mengeluarkan postol replika miliknya dan mengugut supaya menyerahkan semua benda berharga dan jangan cuba melarikan diri atau dia akan bakar semuanya.

Bagaimanapun, pemilik kedai itu bergerak ke arah budak lelaki tersebut dengan tenang sebelum mengusirnya keluar dari premis.

Tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil terhadap kanak-kanak tersebut berikutan dia masih dibawah umur.

Sumber: Mirror.Uk

Aisha Ratnila

"Don't be distracted by criticism. Remember the only taste of success some people get is to take a bite out of you."

- Zig Ziglar