Siakap Keli

Risau Terlepas Beli Tiket Konsert K-Pop, Pelajar Sanggup Gunakan 24 Buah Komputer Sekolahnya Serentak Untuk Membeli Tiket

Seorang pelajar yang berasal dari Toronto, Kanada menggunakan 24 komputer iMac secara serentak di makmal sekolahnya hanya untuk membeli tiket konsert jelajah BTS yang akan bermula pada 4 Mei ini.

Alexis, pelajar yang berusia 19 tahun itu dilaporkan telah banyak kali cuba membeli tiket tersebut dengan menggunakan cara yang sama. Walaupun dia cuba mendapatkan tiket dengan pertolongan 24 komputer milik makmal sekolahnya, dia tetap mengalami kesukaran untuk membeli tiket tersebut kerana laman web pembelian tiket itu mengalami masalah teknikal beberapa kali.

Berkat kegigihan dan usahanya bagi mendapatkan tiket tersebut, dia berjaya membeli 2 keping tiket BTS itu yang bakal dilangsungkan di London pada 1 Jun ini.

Menurut Alexis dalam satu temu bual bersama BuzzFeed News, dia sudah lama meminati BTS tetapi tidak berpeluang untuk menonton kumpulan kpop itu membuat persembahan secara langsung sehinggalah pada tahun 2017

Menurutnya lagi, ini bukan kali pertama baginya menonton konsert BTS secara langsung, malahan dia sudah pernah menonton mereka sebelum ini di konsert Love Yourself.

Dalam satu live tweet yang dikongsi Alexis menjadi tular apabila ramai yang memuji usahanya menggunakan 24 biji komputer sekolahnya bagi mendapatkan tiket tersebut. Selain dari itu, ramai juga netizen yang berkongsi persiapan mereka dengan Alexis tentang cara mereka mendapatkan tiket konsert itu.

 

 

https://platform.twitter.com/widgets.js

Konsert jelajah kumpulan BTS ini akan dilangsungkan di 5 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Brazil, England, Perancis dan Jepun. Alexis merupakan salah seorang peminat yang bertuah kerana berjaya mendapatkan tiket konsert tersebut. Ini kerana, tiket di kesemua 5 negara tersebut telah habis terjual.

Menurut Metro, tiket konsert yang bakal berlangsung di Stadium Wembley, London telah habis terjual dalam masa 90 minit sahaja. Bagi tidak menghampakan semangat peminat-peminatnya yang tidak sempat untuk membeli tiket konsert itu, BTS telah mengumumkan untuk menambah lagi penjualan tiket di kesemua lokasi konsertnya.

Kumpulan BTS bakal membuat persembahan di Hong Kong dan thailand pada bulan Mac dan April ini sebelum dijangka tiba ke Amerika Syarikat bagi memulakan konsert jelajah eropah mereka pada Mei ini.

 

Aqmal Ezany

I write what is right