Siakap Keli

Terima Lebih 98,000 ‘Likes’, Kisah Gadis Dijaga Penjual Taufufa Buat Netizen Sebak

Sudah 2 tahun sejak Alex yang merupakan graduan daripada Kolej Perundangan meninggalkan Universiti Filipina – Diliman.

Sepanjang pembelajarannya di Universiti itu, Alex bertemu dengan Ayah Dong yang merupakan penjual taufufa di hadapan tempatnya belajar.

Perkongsian Alex di Facebook miliknya mendapat perhatian netizen dengan 98,000 likes dan 24,000 perkongsian yang rata-rata sebak dengan kisah silam Alex yang dijaga Ayah Dong sejak perpecahan kedua ibu bapanya bercerai.

“Setiap pukul 7 pagi kami akan berjumpa di hadapan bangunan kelas.  Kami berbual dan ayah selalu bekalkan makanan untuk elakkan perut saya kosong.  Tak kira hujan ke panas, ayah akan selalu bekalkan secawan taufufa setiap hari selama 4 tahun sampailah tamat belajar.”

“Saya hanyalah seorang anak gadis yang ‘dikutip’ di tepi jalan dan ayah pilih untuk menajga saya.  Suatu hari pada bulan Disember tahun 2009, saya pergi ke kelas tanpa jaket. Keesokkannya, ayah bawakan jaket bersama taufufa.  Bila saya tengok balik, rupanya ia adalah jaket yang ayah selalu pakai untuk melindungi tubuhmu dari kedinginan.  Kerap kali saya cuba pulangkan jaket ayah, tapi ayah tak nak.”

“Akhirnya saya dapat juga bagi balik jaket ayah yang digantikan dengan jaket yang baru.  Muka ayah seronok sangat bila dapat jaket tu.  Bila kawan-kawan ayah tanya tentang jaket itu, ayah dengan bangga dan tersenyum menjawab, ia pemberian anak ku, Alex.”

“Ayah adalah perkara yang terbaik pernah saya dapat sepanjang saya belajar di sana.  Saya sayang ayah lebih daripada orang lain.  Terima kasih kerana selalu menyokong saya tanpa jemu.  Terima kasih kerana sentiasa berada bersama saya walaupun ayah tahu, saya bukannya siapa-siapa, orang asing yang tak cukup kasih sayang.”

“Mujurlah hari ini, saya berpeluang jumpa ayah lagi.  Dah lama tak nampak ayah senyum.  Dari jauh ayah nampak saya, ayah lari dan memeluk sambil menggambarkan betapa rindunya ayah pada saya.  Ayah peluk saya erat.”

“Ayah, saya sudah jadi peguam.  Saya harap ayah bangga dengan saya. Semua ni untuk ayah.”

Sumber: Alex Castro

Nur Farra