Siakap Keli

Pendidikan Untuk Semua Dan Tak Boleh Disekat, Termasuk Untuk Kanak-Kanak Tak Divaksin

Isu vaksin adalah antara isu yang seringkali berbangkit dan hangat diperkatakan. Walaupun majoriti rakyat Malaysia menerima vaksin sebagai salah satu usaha penting dalam mengekang penularan penyakit berjangkit tertentu, namun tidak dapat dinafikan kewujudan segelintir masyarakat yang mempunyai pendapat yang berbeza.

Terdapat pelbagai cadangan yang diutarakan oleh banyak pihak bagi menangani pilihan dibuat oleh sesetengah ibubapa yang tidak mahu anak mereka diberi suntikkan vaksin, antaranya adalah tidak membenarkan anak-anak mereka tidak dibenarkan mendaftar persekolahan.

Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik melalui tweetnya berpendapat bahawa hak untuk bersekolah adalah hak untuk semua orang.

”Secara peribadi, saya mahu menekankan vaksin sangat penting buat anak-anak.

”Namun, pendidikan tidak boleh disekat dan mendiskriminasikan mana-mana pihak, termasuklah anak-anak yang tidak bersalah ini.

”Pendidikan ialah untuk semua,” katanya.

Kenyataan yang dibuat beliau turut disokong rata-rata netizen yang meninggalkan balasan pada tweet berikut.

”Setuju. Pendidikan untuk semua. Ia tidak harus disekat. Bukan salah anak-anak yang tak divaksin. Tapi penguatkuasaan vaksin memang perlu dilaksanakan.

”Cuma bukan dengan cara menyekat pendidikan. Barangkali mewajibkan vaksin, mengenakan denda, there must be some law enact on vac, kata pemilik akaun @Barukisu.

”Pada pendapat saya, perlindungan daripada penyakit juga adalah sangat penting untuk semua pelajar.

”I don’t think the solution should be that black and white, sehinggakan terpaksa pilih untuk menyekat pendidikan atau tidak. Maybe the solution is something else,” kata @soulsky7_ pula.

Menurut BERNAMA, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan bersedia mempertimbang untuk mewajibkan dua daripada 12 belas suntikkan vaksin dibawah Program Imunisasi Kebangsaan.

Cadangan mewajibkan suntikan tersebut melibatkan suntikkan vaksin MMR iaitu bagi campak, beguk dan rubella serta vaksin difteria yang akan dimuktamadkan dalam waktu terdekat.

Sumber: Dr. Maszlee Malik

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.