Siakap Keli
Gambar: juliofreitas.com

Seorang Balu Bertindak Membakar Perogolnya Sampai Mati

Seorang wanita warga India yang menjadi mangsa rogol bertindak membakar perogolnya hidup-hidup dalam kejadian yang berlaku di Kolkata, India pada hari rabu lalu (MAC 6)

Wanita itu terselamat dan hanya melecur pada bahagian muka dan juga tangan sementara lelaki yang merogolnya itu mati ketika di hospital akibat kecederaan parah.

Balu yang berusia 35 tahun itu memberitahu kepada pihak polis bahawa lelaki yang menyerangnya itu merogol ketika anak-anaknya tiada di rumah pada isnin lalu.

Menurut pegawai polis Sajal Kanti Biswas, Lelaki itu menyimbah minyak kepada mangsa lalu ingin membakarnya.

Times of India melaporkan, orang awam bergegas ke arah rumah mangsa selepas menyedari rumah wanita itu berasap. Mereka kemudiannya mendapati bahawa kedua-duanya sedang terbakar dan turut menemui sebalang bekas yang berisi minyak. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut pihak berkuasa India, India mempunyai rekod keganasan seksual yang amat tinggi. Secara puratanya, lebih daripada 100 kes dilaporkan setiap hari pada 2016.

Mangsa rogol sering diugut oleh perogol untuk memastikan mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Sistem polisi dan kehakiman yang lemah di negara itu membuatkan kebanyakan mangsa mengambil tindakan sendiri ke atas pelakunya.

Pada Disember lalu, seorang wanita bertindak memotong alat sulit seorang lelaki yang menghendapnya kerana lelaki itu berulang kali mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Aqmal Ezany

I write what is right