Siakap Keli

Enjin Terbakar Di Udara, Airbus A380 Milik Air France Terpaksa Berpatah Balik

Sebuah pesawat jenis Airbus A380 milik Ai France dilaporkan terpaksa berpatah balik dan mendarat kecemasan di Abidjan, Ivory Coast selepas salah satu enjinya terbakar di udara, semalam.

Ketika kejadian, pesawat berkenaan dilaporkan membawa lebih 500 orang penumpang dan anak kapal. Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku ketika pesawat berkenaan mendarat.

”Saya melihat bebola api pada bahagian enjin untuk beberapa saat sebelum mendengar bunyi ‘bang’ pada bahagian kiri pesawat.

”Pesawat mula bergoyang, barang mula berselerakkan dan penumpang kelihatan panik. Kemudian kami mendengar juruterbang memberitahu bahawa enjin kiri pesawat rosak dan terpaksa berpatah balik” kata salah seorang penumpang, Baudelaire Mieu.

Jurucakap syarikat, Jean-Luc Mevellec mengesahkan kejadian tersebut.

”Secara teknikal, insiden ini dikenali sebagai ‘engine blow-out’. Ia masalah biasa dan memang diketahui boleh berlaku.

”Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Kami memahami keadaan tersebut dan juruterbang kami sudah dilatih untuk menghadipinya melalui latihan simulator,” katanya.

Airbus A380 merupakan pesawat empat enjin yang menjadi pesawat penumpang paling besar di dunia.

Sumber: The Local Fr

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.