Siakap Keli

(Video) Ibu Tertinggal Anak, Pesawat Jeddah-KL Terpaksa Patah Balik

Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik dengan kembali semula ke lapangan terbang gara-gara seorang wanita mendakwa telah tertinggal bayinya di terminal.

Kejadian tersebut berlaku sewaktu pesawat Saudi Airlines itu berlepas dari Jeddah, Arab Saudi ke Kuala Lumpur.

Dalam satu rakaman audio, juruterbang telah meminta kebenaran menara kawalan untuk kembali semula ke lapangan terbang.

”Moga Tuhan bersama kita. Boleh atau tidak kami kembali semula?

”Pesawat ini meminta kebenaran untuk kembali.. kasihan seorang penumpang terlupa bayinya dalam kawasan menunggu,” kata juruterbang tersebut.

Pegawai yang menjaga menara kawalan kemudian meminta juruterbang berkenaan mengesahkan perkara berkenaan.

”Kami telah beritahu anda, seorang penumpang tertinggal bayinya di terminal dan menolak untuk meneruskan penerbangan,” balas juruterbang.

”Okay, kembali semula ke lapangan terbang. Ini merupakan perkara baru bagi kita!” kata pegawai menara.

Pesawat kemudiannya berpatah semuala sehingga berlakunya kelewatan selama 45 minit sebelum tiba ke detinasi pada Sabtu malam lalu.

Difahamkan, rakaman audio perbualan juruterbang itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Namun, dakwa individu berkenaan, wanita itu sebenarnya tidak meninggalkan bayinya di terminal lapangan terbang seorang diri tetapi bersama kakaknya.

Mereka didakwa terlepas penerbangan gara-gara menaiki bas yang salah di terminal.

Apabila menyedari kedua-dua mereka tidak berada di dalam kapal, wanita itu kemudiannya meminta supaya juruterbang berpatah balik.

https://www.youtube.com/watch?v=U3t8NYYWMKY

Sumber : Mirror UK

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.