Siakap Keli

Perompak ‘Gentleman’ Pulang Duit Lepas Lihat Baki Dalam ATM Wanita Ini

Sudah sedia maklum, bahawa kita perlu berhati-hati dalam kehidupan seharian. Kegiatan jenayah boleh berlaku di mana sahaja tanpa kita sedar.

Terutamanya di bandar-bandar besar, saban hari kita akan mendengar dan membaca berita tentang kejadia-kejadian jenayah yang terjadi.

Bagi yang pernah menjadi mangsa, sudah pasti langkah keselamatan dan pencegahan akan dilakukan dengan lebih ‘ketat’ supaya perkara tersebut tidak akan kembali berulang.

Namun, lain pula yang berlaku kepada Li, seorang gadis yang cuba mengeluarkan duit dari sebuah ATM di Heyuan, China.

Gambar : Youtube (Blagag)ATM machine in Heyuan, China. The victim, Li, was alone in the building and was withdrawing money when a man approached her from behind. He then took out a knife and demanded for all of her money.  Terrified by the threat, Li handed the 2,500 Yuan (approx. RM1,520) she withdrew and gave it to the mugger. However, he was was not content with the amount he received and ordered her to show him the remaining balance in her ATM account.

Li keseorangan sewaktu cuba untuk mengeluarkan duit di situ. Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang menyapanya dari belakang sambil mengacukan pisau dan meminta wang.

Gambar : Youtube (Blagag)

Akibat takut dengan ancaman lelaki berkenaan, Li kemudiannya mengeluarkan segera duit di dalam akaunnya dan menyerahkan wang sejumlah 2,500 Yuan (RM 1520.00) kepada si perompak.

Gambar : Youtube (Blagag)

Namun menggangap wang itu terlalu sedikit, perompak tersebut telah mengarahkan Li untuk memberinya lebih wang.

Gambar : Youtube (Blagag)

Lalu memaksa Li untuk menunjukkan baki di dalam akaunnya.

Gambar : Youtube (Blagag)

Namun setelah ditunjukkan baki di dalam akaun Li, perompak berkenaan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Tiada langsung baki yang tertinggal dalam akaun itu!

Mungkin kerana simpati, si perompak memulangkan semula wang yang ‘bakal’ dicurinya. Malah lebih beruntung, perompak tersebut terus pergi meninggalkan Li tanpa mencederakannya.

Gambar : Youtube (Blagag)

Paling mengejutkan, CCTV sempat merakam wajah perompak tersebut tersenyum selepas memulangkan wang itu!

Gambar : Youtube (Blagag)

Malangnya, jenayah tetap jenayah. Walaupun lelaki berkenaan tidak merompak, tetapi beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah. Lelaki itu telah di tahan oleh pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut telah menjadi viral malah dipuji oleh masyarakat di China akibat dari tindakannya memulangkan semula wang kepada wanita (mangsanya) yang dirompak.

Beliau telah digelar sebagai “perompak gentleman” di sana.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qux2jebrj2Y?start=68]

Sumber : South China Morning Post & Blagag (video)

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.