Siakap Keli

Memang Sepadan, Gambar-Gambar Cantik ‘Pre-Wedding’ Fasha Sandha Dan Tunang Diambil Guna Huawei P30 Pro

Semua sudah sedia maklum dengan hubungan cinta diantara pelakon tekenal dan berbakat besar, Fasha Sandha dengan tunangnya, Aidil Aziz.

Sebelum ini, pasangan sama cantik dan sama padan ini sudahpun mengikat tali pertunangan pada 18 November yang lalu.

Namun bergitu, dengan penularan gambar-gambar berbusana pengantin yang dimuat naik oleh pereka fesyen terkenal, Azura Couture di laman Instagramnya telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Rata-rata para peminat begitu kagum dengan gambar-gambar yang dikongsi. Ada yang memuji seri yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut dan ada juga yang terpesona dengan kecantikkan busana pengantin yang digayakan.

Tak kurang juga ada yang menyangka bahawa pasangan ini sudahpun mendirikan rumah tangga. Apatah lagi apabila Fasha Sandha juga turut berkongsi gambar yang sama di laman Instagramnya.

Namun begitu, gambar cantik dan berkualiti tinggi yang dimuat naik tersebut merupakan gambar pra-perkahwinan yang diambil untuk disiarkan di sebuah stesen televisyen swasta.

Buat peminat kepada pelakon jelita ini, anda mesti tertanya-tanyakan telefon pintar apa yang digunakan untuk mengambil gambar dengan kualiti tinggi sedemikian rupa.

Tak lain tak bukan, hanya ada satu gajet sahaja yang mampu melakukan tugas ‘sukar’ tersebut dan peranti berkenaan dikhabarkan adalah Huawei P30 Pro.

Jangan terkejut dahulu, peranti ini masih belum ada di pasaran dan menurut Huawei, telefon kelas premium mereka itu akan dilancarkan secara rasmi pada 26 Mac ini.

Jadi anda sebagai peminat kepada Fasha Sandha sebenarnya cukup bertuah untuk menjadi antara yang pertama dapat melihat kualiti gambar daripada sebuah telefon pintar yang masih belum pun ada dalam pasaran.

Lihat sahaja pada kualiti gambar yang dimuat naik, seri pada wajah kedua pasangan dan perincian pada busana yang dipakai boleh dilihat dengan jelas biarpun gambar diambil daripada jarak yang jauh.

Hadir dengan tetapan 4 kamera belakang, Huawei P30 Pro meneruskan legasi pendahulunya iaitu Huawei P20 Pro dan Mate 20 Pro sebagai ‘trademark’ kepada kesempurnaan teknologi gambar diambil daripada telefon pintar.

Jika anda perhatikan gambar-gambar tersebut, anda dapat melihat dengan jelas keupayaan rakaman Huawei P30 Pro iaitu Normal, Close dan Super Close.

Seperti abangnya, P20 Pro yang menjadi juara tak tertewaskan dalam Liga Kamera dengan skor DxOMark sebanyak 109 mata, P30 Pro dilihat tiada masalah untuk terus menjadi ‘Raja Kamera’ dan barangkali memperoleh skor yang lebih tinggi kelak.

Teruja? Kami pun. Jika anda dalam perkiraan untuk mencari sebuah telefon pintar dengan keupayaan kamera yang menakjubkan, penantian dan pencarian anda bakal tiba di penghunjungnya.

Nantikan 26 Mac dalam pelancaran rasmi Huawei P30 Pro dan rasai sendiri kesempurnaan binaan dan teknologi terkini daripada Huawei.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Huawei Shop dan Huawei FB.



Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.