Siakap Keli

Baru Sewa 6 Bulan, Pemilik Terkejut Tengok Rumah Dan Perabot Hancur, Bil Langsung Tak Penah Dibayar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan lagi kes baru apabila penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan rosak serta bil yang tertunggak. Mereka ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah menyusahkan pemilik rumah yang terpaksa menanggung kerosakan membaikpulih rumah yang bukan sedikit.

Terbaru, seorang individu tampil meluahkan perasaan kesal melalui media sosial apabila rumahnya yang diberi sewa dalam keadaan baik beserta perabot dihancurkan oleh penyewa.

Hati siapa yang tidak sakit? Bukan itu sahaja, penyewa juga dikatakan culas membayar sewa selama empat bulan. Pelbagai tindakan yang dilakukan tetapi penyewa masih berdegil hinggalah mengambil tindakan lari rumah beserta bil rumah yang tertunggak.

Post saya ni bukan nak aibkan siapa-siapa, cuma berharap orang lain boleh ambik iktibar dan tak terkena nasib macam saya.

Penyewa rumah tinggalkan rumah yang hancur dan penuh dengan tahik kucing sebagai kenangan untuk tuan rumah. Oh ya dan juga meninggalkan hutang rumah sewa 4 bulan dan segala bil-bil utilities yang tak pernah berbayar.

Bukan kata tak pernah minta sewa, dah berpuluh message..reply nya minta tangguh dan tangguh alasannya : 

1. Duit habis, uruskan pengkebumian adik
2. Kena settlekan hutang abang, sebab abang berhutang dengan along
3. Sistem grab buat hal, tak boleh nak draw duit
4. Tunggu hujung bulan baru boleh bayar
5. Gaji kecil je rm2300 – ni rasa macam nak cekik orang je, saya tak pernah paksa pon awak sewa rumah saya

Rasanya dah masuk 4 kali dah suruh keluar, tapi dia memang hati kering dan sifat kemaluan yang senipis kulit bawang.. katanya dia cuma akan keluar bila dapat surat dari mahkamah..

Omaigod ni manusia dari planet mana ni, memang pemikiran di luar kotak.. Dah melampau ni, tapi tu lah sebab kan ni adalah kes civil, polis pon takleh buat apa (buat penat je keluar masuk balai).

So IO suggest mangga rumah, bagi surat notis suruh keluar dalam masa 7 hari then barang-barang dalam rumah boleh buat cagaran.

Ingatkan dh settle lah, rupanya dia tanpa rasa bersalah pergi potong mangga tu then then continue his life like normal.. ya Allah hebat nya ujian mu…

Dipendekkan cerita, dia janji akan sette kan sewa tertunggak dan akan serahkan rumah dalam keadaan bersih. Once again, kena kencing lagi memang dia awal-awal dah lari dan tinggal kan rumah yang macam tongkang pecah, saluran air yang tersumbat dengan tahi kucing & tombol pintu dipecahkan.

Ini baru 6 bulan, kalau setahun tak tahu lah alamat nya memang rumah ni dah jadi sangkar kucing gamaknya.

Conclusion siapa2 nak cari penyewa, please hati hati..Dont judge a book by its cover..rambut sama hitam tapi hati kita tak tahu & jangan mudah kesian dekat orang.

Sumber : Suraya Md Amin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.