Siakap Keli

Insiden Tembakan Di Masjid Christchurch : Kenyataan Rasmi Senator Dari Queensland Undang Kritikan Netizen

Senator Queensland Fraser Anning telah dikritik hebat akibat tindakanya yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ berkenaan insiden tembakan rawak di masjid Christchurch.

Kejadian yang telah mengorbankan 40 nyawa dan mencederakan lebih dari 20 orang itu nyata menjadi peristiwa sadis di petang jumaat.

Kenyataan yang Dikeluarkan Oleh Senator Berkenaan (Gambar : Supplied)

Menurut kenyataan Senator itu,

“Saya benar-benar menentang sebarang bentuk keganasan dalam masyarakat kita dan saya juga tidak setuju dengan tindakan lelaki bersenjata itu”

“Bagaimanapun, tindakan ganas ini sememangnya tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti, ia akan menimbulkan ketakutan dalam komuniti kita sama ada di Australia, New Zealand mahupun Malaysia”

“Seperti biasa, ahli politik berhaluan kiri dan media sentiasa tergesa-gesa untuk meneka dan mencari tahu punca kejadian dan semuanya ternyata mengarut”

“Punca sebenar tragedi berdarah itu adalah disebabkan pihak imigran yang datang ke New Zealand”

“Supaya lebih jelas, mereka adalah mangsa pada hari ini, namun sebelum ini mereka merupakan pelakunya. Di seluruh dunia, mereka membunuh orang lain secara besar-besaran dengan nama kepercayaan mereka”

Ternyata kenyataan senator itu telah tular di seluruh media sosial luar negara terutamanya di Twitter dan menjadi bualan pengguna laman terbabit.

Sumber : News Com Australia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.