Siakap Keli

(Gambar) Memukau Pandangan, Masjid Terbesar Turki Ini Direka Arkitek Wanita Membuat Sesiapun Melihatnya Terpegun

Masjid Camilca yang terletak di bandar Anatolian, Turki ini tersergam indah, memukau pandangan mata sesiapa yang melihatnya. Merupakan masjid terbesar di negara itu, Masjid Camilca yang dibina sejak tahun 2013 di bawah kelolaan Presiden Recep Tayyip Edrogen ini menelan kos lebih RM100 juta.

Masjid Camilca mendapat inspirasi daripada Era Ottoman dan pembinaannya dikelolakan oleh Mimar Sinan. Namun apa yang lebih membanggakan, masjid ini direka oleh dua orang arkitek wanita Turki iaitu Bahar Mizrak dan Hayriye Gul Totu.

Berkeluasan 15 ribu meter persegi, Masjid Camilca yang mempunyai perpustakaan, galeri seni dan muzium ini mampu menempatkan kapasiti 63 ribu orang dalam satu masa. Jom kita lihat gambar-gambar di bawah, mana tahu Masjid Camilca boleh tersenarai dalam lokasi percutian anda ke Turki nanti!

Gambar : Chris McGrath/Pacific Standard
Gambar : Masjid Camilca dapat dilihat berada di belakang Jambatan Martyrs dengan cahaya lampu yang memukau – Chris McGrath/Pacific Standard
Gambar : Chris McGrath/Pacific Standard
Gambar : Chris McGrath/Pacific Standard
Gambar : Chris McGrath/Pacific Standard
Gambar : Google
Gambar : Google

Sumber : Pacific Standard

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.