Satu pertubuhan terkenal yang dipenuhi ahli teori dan konspirasi Bumi Datar merancang satu ekspedisi ke Antartika tahun depan bagi melawat lokasi yang mereka percayai sebagai ‘hujung dunia’.
Menurut Flat Earth International Conference (FEIC), ekspedisi berkenaan akan dilancarkan tahun depan melalui jalan laut sebagai salah satu acara tahunan persatuan berkenaan.
Bagaimanapun, wakil jurucakap persatuan tersebut enggan mengulas lanjut mengenai ekspedisi itu.
Idea persatuan berkenaan yang mahu mengembara ke Antartika menggunakan kapal dan jalan laut untuk membuktikan Bumi Datar dianggap sebagai ‘kelakar’ oleh sesetengah pihak kerana alat navigasi yang terdapat pada kapal dibina berdasarkan fakta Bumi Sfera.
Salah satunya adalah teknologi GPS yang berfungsi menggunakan rangkaian satelit mengelilingi Bumi untuk menghantar isyarat.
Malah, seorang kapten kapal berpengalaman juga pelik dengan idea kembara kumpulan tersebut.
”Saya sudahpun mengemudi kapal untuk jarak 2 juta batu. Sepanjang pengalaman saya, tidak pernah sekalipun saya bertemu dengan seorang kapten kapal yang percaya Bumi ini adalah Bumi Datar,” kata Henk Keijer.
FEIC adalah sebuah pertubuhan yang aktif dari semasa ke semasa menyangkal idea Bumi Sfera dan mendakwa bahawa Bumi berbetuk datar seperti cakera dengan Antartika adalah bahagian sisi yang mengelilingi Bumi.
Pertubuhan yang sama juga mendakwa bahawa NASA menipu mengenai misi manusia mendarat di Bulan selain menyorok fakta sebenar mengenai angkasa lepas dan Bumi.
Dalam perkembangan lain, Konferen Ke-3 FEIC dirancang akan dilangsungkan pada November 2019 di Dallas, Texas di Amerika Syarikat.
Sumber: Dailymail
Jawatan Kosong di Siakap Keli
Kami mencari mereka yang berminat mengisi jawatan Penulis di Siakap Keli
- Kelayakan minimum SPM dan ke atas, fresh graduate amat digalakkan
- Memang meminati bidang penulisan
- Mempunyai pengetahuan luas tentang isu semasa
- Mengusai bahasa Melayu dan English dengan baik, mengusai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
- Menepati masa dan bertanggungjawab
Jika berminat, email resume dan CV ke [email protected]