Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
gambar resume adik
Gambar: Threads @sofiaazaharr

Nak Tolong Adik Cari Kerja, Tengok Gambar Resume Buat Kakak 'Menyirap'

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Nak Tolong Adik Cari Kerja, Tengok Gambar Resume Buat Kakak 'Menyirap'

Sebagai seorang kakak, lebih-lebih lagi kakak sulung, kita ni selalunya automatik naik pangkat jadi 'pusat rujukan keluarga'.

Nak tanya apa-apa, nak minta tolong apa-apa, nama kakaklah yang akan disebut dulu. Daripada hal sekolah, kerja, isi borang, sampai ke benda paling asas. Tapi kadang-kadang, perangai adik-adik ni memang boleh buat kita berderau darah.

Baru-baru ini, seorang wanita mencuri perhatian ramai di Threads apabila berkongsi satu kisah ringkas tetapi cukup menghiburkan tentang adiknya.

"Memang perangai semua adik macam ni ke? Mencabar keimanan betul..." - Netizen

Menerusi perkongsian itu, si adik difahamkan meminta bantuan kakaknya untuk tolong siapkan resume nak cari kerja. Biasalah, bila adik minta tolong, mana mungkin kakak sampai hati nak kata tidak.

Sebagai kakak yang baik hati (dan mungkin dah biasa dipaksa rela), si kakak pun bersetuju untuk membantu. Lagipun, nak mudahkan urusan adik sendiri, apa salahnya.

Macam yang kita tahu, untuk siapkan resume, perkara asas yang diperlukan mestilah gambar formal. Jadi si kakak pun minta adiknya hantarkan sekeping gambar yang sesuai.

Namun, apa yang diterima benar-benar menguji kesabaran tahap maksimum.

Mana tidaknya, si adik menghantar gambar passport yang diambil sendiri. Dengan muka bercahaya akibat pantulan cahaya telefon, separuh wajah tenggelam dalam bayang dan rupa paras langsung tak dapat dipastikan.

Lebih menghiburkan ramai, jawapan si kakak yang jelas kelihatan ‘fedup’ dengan gelagat adiknya itulah yang membuatkan ramai berdekah ketawa.

"HR kena berimaginasi ke ni?" - Netizen

Menjengah ke ruangan komen, netizen langsung tidak melepaskan peluang untuk 'menyakat' si adik. Tak kurang juga, rata-rata mengaku mereka pernah berada di tempat si kakak.

"Cara dia share gambar macam nak elak penyakit ain..."

"Kena subscribe baru dapat tengok full..."

"So maknanya HR akan berteka-teki ke dengan wajah Anep? Berimaginasi tentang raut wajah..."

"Me also baran as anak sulung kita dulu kemainlah eh search sana sini cara nak buat resume. Bila time adik sendiri kita yang tolong buatkan. Nak tolong mudahkan pun payah, rasa nk lempang..."

"Adik saya suruh saya buat resume, dia bagi email dia je. Pastu yang lain semua dia tak bagi. Dia ingat kakak dia ada magic nak dapat tahu dia belajar apa semua tu ke..."