Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suruhanjaya Tinggi India Larang Warga India Cari Kerja Di Malaysia Guna Kemudahan Pengecualian Visa 30 Hari

Warga India Cari Kerja Di Malaysia
Kredit: Facebook Suruhanjaya Tinggi India Di Kuala Lumpur

Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur mengingatkan warganya untuk tidak menyalahgunakan kemudahan pengecualian visa selama 30 hari di Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook, suruhanjaya itu mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan ketara warga India yang tiba di Malaysia menggunakan kemudahan pengecualian visa 30 hari untuk mencari kerja.

Warga India Dilarang Cari Kerja Di Malaysia Guna Kemudahan Pengecualian Visa 30 Hari

“Terdapat peningkatan ketara warga India tiba di Malaysia menggunakan kemudahan pengecualian visa 30 hari untuk mencari pekerjaan.

“Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur mengingatkan warga India yang datang ke Malaysia menggunakan visa pelancong untuk tidak mencari pekerjaan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, suruhanjaya itu memaklumkan bahawa terdapat ejen tidak bertanggungjawab yang menjanjikan pekerjaan palsu sehingga menyebabkan warga India terpaksa tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

Ujarnya, tindakan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap peraturan imigresen kerana kemudahan visa tersebut hanya bertujuan untuk pelancongan dan lawatan sosial sahaja.

“Ramai rakyat India yang diperdaya ejen tidak bertanggungjawab dengan janji pekerjaan palsu sehingga menyebabkan mereka tinggal lebih masa, berada dalam status tidak sah, dieksploitasi, ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

“Ini jelas pelanggaran kepada peraturan imigresen, kerana kemudahan pengecualian visa 30 hari itu hanya untuk tujuan pelancongan dan lawatan sosial sahaja,” jelasnya.

Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur juga mengingatkan rakyatnya untuk membawa dokumen sah dan boleh disahkanl, termasuk tiket kembali yang disahkan, tempahan hotel, bukti penghantaran Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) secara dalam talian tiga hari sebelum tarikh ketibaan serta pasport yang mempunyai tempoh sah sekurang-kurangnya enam bulan bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan imigresen di Malaysia.

“Sekali lagi, rakyat India dilarang sama sekali untuk datang ke Malaysia untuk mencari pekerjaan tanpa permit kerja yang sah atau Visa Dengan Rujukan (VDR).

Intipati
  • Suruhanjaya Tinggi India mengingatkan warganya tidak mencari kerja menggunakan visa pelancong Malaysia.
  • Kemudahan pengecualian visa 30 hari hanya dibenarkan untuk pelancongan dan lawatan sosial.
  • Warga India diminta membawa dokumen sah bagi mengelakkan masalah imigresen di Malaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan