Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Ingat Kena Scam, Bapa Panik Lebih RM60k 'Lesap' Dari Bank
Zaman sekarang, kes "scam" memang cukup sensitif, boleh buat sesiapa pun berpeluh.
Sedikit sahaja transaksi yang kelihatan mencurigakan, terus timbul rasa panik. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan jumlah wang yang besar.
Itulah yang dialami oleh seorang ayah yang menyangka akaun banknya telah digodam, sedangkan "plot twist"nya langsung tidak terjangka dan cukup mencuit hati.
Dikongsikan oleh si anak menerusiThreads @ejadshukri, kisah si ayah itu cukup menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsiannya, segalanya bermula apabila si ayah menyedari ada satu transaksi besar dalam akaun bank miliknya. Duit masuk, kemudian keluar semula dalam jumlah yang sama, pada hari yang sama.
Dengan nada cemas, si ayah terus mengarahkan anaknya untuk menghubungi pihak bank.
Si anak yang menurut perintah pun mula menyemak sejarah transaksi untuk bersedia jika pihak bank meminta nombor rujukan.
Namun, ketika menyemak satu persatu, sesuatu mula kelihatan 'pelik' tapi cukup familiar.
Dalam rekod transaksi, jelas tertera satu jumlah besar sekitar RM61,000 masuk ke akaun, kemudian dipindahkan keluar tidak lama selepas itu, dengan amaun yang sama.
Lebih menarik, nama akaun penerima itu membuatkan si anak "speechless".
"Eh, lah! Bapa! Itukan duit yang bapa transferred masuk from your Tabung Haji account to Maybank, kan?
"Bapa transfer duit tu masuk Maybank, and then from Maybank to EVxx Thxxx bank account, same amount, exact amount," jelas si anak yang sudah mula curiga.
Ketika itu, si ayah hanya diam menghadap komputer, sambil main Solitaire.
Dalam suasana yang masih tegang, tiba-tiba si ibu pula menyampuk tanpa amaran.
"Kereta baru awak tu, awak beli ke menang cabutan bertuah?" soal si ibu.
Akhirnya, semuanya terjawab. Duit itu sebenarnya digunakan untuk membeli kereta, dan nama akaun yang disangka "scammer" itu rupa-rupanya nama kedai kereta.
"I knew that. Just wanted to double check ja. Hampa dua mak anak sama ja, kalut! Bapa just nak make sure ja...," jawab si ayah, cuba nak 'coverline'.
Perkongsian ini mengundang gelak ketawa netizen kerana situasinya sangat dekat dengan ramai.
Ramai mengakui ibu bapa sering terlalu risau tentang keselamatan akaun, sampai terlupa transaksi yang mereka sendiri lakukan.
Apa-apa pun, si anak tidak ketinggalan meninggalkan nasihat buat orang ramai di luar sana.
"Scam ke apa ke, check dulu betul-betul sebelum call bank. Kadangkala our parents ni, they worry too much sampai terlupa dia yang buat transaction tu, dia kata scam..."