Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
Nyanyi Lagu Filem The Lion King
Kredit: @cikliyaa7
Wanita Nyanyi Lagu Filem The Lion King Depan Kandang Singa, Reaksi Dua ‘Mat Saleh’ Ni Buat Ramai Terhibur

Athirah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Wanita Nyanyi Lagu Filem The Lion King Depan Kandang Singa, Reaksi Dua ‘Mat Saleh’ Ni Buat Ramai Terhibur

Apabila kita mengunjungi sesuatu tempat, perasaan seronok dan ingin meneroka biasanya akan timbul.

Sebagai contoh, kunjungan ke zoo membolehkan kita melihat pelbagai haiwan dengan lebih dekat serta menimba pengalaman baharu yang menarik.

Aktiviti sebegini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi peluang kepada kita untuk menambah pengetahuan tentang kehidupan haiwan.

Dua lelaki tak mampu tahan ketawa lihat telatah wanita ini

Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita menyanyikan secara spontan salah satu lagu popular daripada filem The Lion King di Zoo Negara.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @cikliyaa7 di TikTok, wanita yang dilihat menyanyikan lagu Circle of Life di hadapan kandang Singa Putih mendapat perhatian dua pelancong Mat Saleh.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan adik kepada pemilik video ini.

Wanita berkenaan menyanyi dengan penuh yakin, seolah-olah singa-singa di dalam kandang itu adalah penontonnya sendiri.

Yang lebih melucukan, dua pelancong Mat Saleh yang menyaksikan gelagat wanita itu tidak dapat menahan ketawa, walaupun sudah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan reaksi mereka.

"Bertabahlah Mat Saleh oi, minah ni pertama kali jumpa haiwan," gurau @cikliyaa7 di ruangan kapsyen.

Video berdurasi 14 saat itu memaparkan adik kepada @cikliyaa7 yang seakan bangga dengan 'persembahan'nya, manakala dua pelancong yang berdiri di tepinya masih tidak dapat menahan ketawa melihat gelagatnya.

"Dia yang nyanyi, aku yang malu"

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur melihat telatah wanita tersebut dan memberi pelbagai reaksi.

Dalam masa yang sama, ramai yang terhibur melihat gelagat dua pelancong Mat Saleh itu, yang cuba sedaya upaya menahan ketawa tetapi tetap pecah juga.

Reaksi mereka yang lucu itu membuatkan suasana dalam video itu terasa lebih 'hidup', seolah-olah mereka sendiri menjadi sebahagian daripada ‘konsert singa’ spontan yang dibawakan oleh wanita itu.

"Tapi Mat Saleh tu ketawa, maksudnya mereka faham lah kan kau menyanyi lagu apa," komen seorang warga maya.

"Aku syak la kan dia dah berlatih dari rumah lagi sampai adik tu dah hafal lirik dah," komen seorang lagi warga maya.

Sumber:@cikliyaa7