Siakap Keli

Uncle Kentang Lancar Rumah Jagaan Kanak-Kanak Percuma, Ambil Dan Hantar Anak Untuk Ibu Tunggal Keluar Bekerja

Siapa yang tak mengenali Unlce Kentang? Kuan Chee Heng seorang aktivis sosial terkenal dengan aktiviti sukarela melakukan kerja kebajikan demi untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama.

Pelbagai usaha dilakukan sebelum ini antaranya menyediakan kemudahan ambulan, teksi serta menjual barang-barang makanan dengan caj yang dikenakan serendah 10 sen semata-mata untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Terbaru, Uncle Kentang melancarkan rumah jagaan percuma yang terletak di Puchong khas buat ibu tunggal yang ingin keluar mencari rezeki.

Inisiatif ini dibuat untuk menjaga kebajikan ibu tunggal yang kadang-kala terbatas apabila terpaksa meninggalkan anak-anak bersama pengasuh dengan caj upah agak mahal dan ada juga yang tidak mampu melihat anak kelaparan kerana tidak mempunyai peluang untuk keluar mencari kerja.

Usaha itu membolehkan ibu tunggal ataupun mereka yang susah untuk meninggalkan anak di pusat jagaan tersebut sementara keluar mencari rezeki tanpa bimban keadaan anak-anak.

RUMAH NURSERY. DAY CARE PERCUMA DI PUCHONG. DI TAJA OLEH GPLEX CHARITY GROUP.
No 2, Jalan Putera Impiana 12 , Taman Putera Impiana, Dengkil. Lokasi sebelah jalan Taman Puchong Prima. Dekat aja dengan Puchong. Sempadan. Uptown Puchong pun dekat.

TRANSPORT PERCUMA.

Ibu tunggal, single mom, keluarga susah, kalau kamu tinggal berhampiran Puchong atau dalam Puchong, kalau nak pi kerja dan anak anak kecil, kau tak mampu pi kerja dan cari nafkah. sila call saya 018 268 3999.

KAMI AKAN HANTAR TEAM UNTUK AMBIL ANAK KAMU WAKTU PAGI DAN PULANGKAN ANAK KAMU WAKTU PETANG AGAR KAMU BOLEH LAH PI CARI KERJA DAN TAK PERLU SUSAH HATI LAGI.

MAKAN DAN MINUM ANAK KAMU DI KENDALIKAN OLEH CARETAKER MELAYU DAN SEGALA DI TANGGUNG BERES OLEH KAMI. HANYA KAMU BERITAHU KAMI KAMU PERLU HANTAR ANAK ANAK KAMU UNTUK DAYCARE.

Marilah kita bantu demi Malaysia yang sejahtera dan harmoni.

Sumber: Kuan Chee Heng

Nur Farra