Siakap Keli

“Kami Dah Bersedia,” Dua Masjid Di Christchurch Dibuka Pertama Kali Selepas Serangan Berdarah Pengganas

Masjid Al Noor, di mana 42 orang mangsa terkorban dalam serangan pengganas terburuk New Zealand, telah dibuka semula hari ini.

Laporan media memberitahu bahawa polis telah menyerahkan masjid itu sepenuhnya kepada komuniti dan membuka tali keselamatan selepas tengahari.

Cat putih masjid seperti baru, permaidani yang sebelum ini dilumuri darah telah diganti namun, beberapa bilik masih terkunci.

Mana-mana lubang yang telah dimusnahkan peluru turut ditampal dan dibaiki.  Tingkap yang pecah diganti dan dicat dengan reka bentuk yang menarik.  Pohon mawar merah juga ditanam bagi meraikan pembukaan masjid itu.

Di bahagian luar masjid, orang ramai berkumpul untuk masuk ke dalam.  Polis bersenjata masih ditugaskan menjaga kawasan masjid.

Beberapa orang dilihat masih berkabung dan meratapi di luar masjid.

“Saya akan masuk ke dalam, berdoa dan berdoa dengan aman,” Issa Khan, salah seorang pengunjung.

Hozef Yohra yang turut berada di kawasan masjid semasa serangan berlaku memberitahu dia kembali ke sana untuk berdoa secepat mungkin.

“Sekarang. Kami dah bersedia sekarang.”

Sumber: News AU

Nur Farra