Siakap Keli

“Mahkamah Tak Buat Keputusan Dengan Hanya Satu Saksi,” Peguam Ini Jelaskan Apa Itu Inkues Dan Fungsi Saksi Kes Muhammad Adib

Proses inkues bagi kes Muhammad Adib masih lagi belum selesai dan yang terbaru yang dilaporkan semalam, kenyataan dari saksi yang ke-24 iaitu Dr Ahmad Hafizan Hasmi, Pakar Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ,mendakwa kecederaan pada toraks Muhammad Adib bukanlah seperti dipukul.

Tambah Dr Hafiza lagi, tiada kecederaan di muka, kepala dan abdomen seta anggota atas dan bawah yang berpadana dengan hentaman objek tumpul kerana mempertahankan diri. Selepas laporan ini disiarkan, pelbagai reaksi dari netizen dan ada juga yang menuduh Dr Hafizam telah dibayar oleh individu tertentu untuk membuat kenyataan tersebut di mahkamah.

Seorang peguam, Tuan Mohd Redzuan Mohamed Yusoffmenerusi laman rasmi Facebooknya The Law Chambers Of Redzuan & Faiezad tampil menjelaskan apa sebenarnya proses inkues dan apa fungsi semua saksi dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan mahkamah.

Berapa dia kena bayar?

Tu soalan paling banyak, tak termasuk doa-doa yang buruk-buruk. Baik, kali ni kita bincang pasal keterangan di Mahkamah. Saksi-saksi akan dipanggil ke Mahkamah untuk bagi keterangan. Tak kira la kes jenayah, sivil, inkuiri, inkues, fungsi saksi sama.

Apa tujuan Inkues?

Secara asas, inkues ni dibuat untuk mencari fakta. Sebenarnya benda ni Pegawai Penyiasat kena buat, tapi sebab ramai yang kecoh kata macam-macam lebih dari pakar, kerajaan serahkan kepada Mahkamah untuk mendapatkan fakta-fakta melalui inkues.

Hasil inkues?

Inkues tak ada kuasa untuk menghukum. Lepas inkues, mahkamah akan buat dapatan dan jika ada saspek, pertuduhan jenayah biasa perlu dibuat.

Apa fungsi saksi?

Untuk memberitahu mahkamah segala apa yang mereka tahu berkaitan kes yang dibawa ke mahkamah. Saksi ni ada dua jenis. Ayat mudah dia, saksi biasa & saksi professional.

Saksi-saksi hanya boleh bagitau apa yang dia tahu sahaja. Apa yang dia nampak, dia rasa, dia dengar sahaja. Dia tak boleh mereka-reka cerita. Saksi kena angkat sumpah. Kantoi membohong, boleh kena tindakan lain. Tak payah la cari masalah.

Saksi professional lain. Dia tak ada di lokasi kejadian. Dia tak nampak apa-apa. Kadang-kadang saksi professional hanya tengok mayat je, contohnya Pakar Bedah Siasat. Dia bagi kenyataan atas kepakaran dia semata-mata.

Kita tak boleh kata apa dia kata salah. Kenapa? Kerana dia bagitau apa yang dia tahu. Setahu dia, kesan yang dia nampak bukan kesan kena pukul.

Tapi pada masa sama, dia tak kata pula sebab apa. (Melainkan media tak lapor). Tu dapatan dia sebagai pakar. Kena ingat, dia buat bedah siasat. Bukan rawatan. So dia tgk selepas 21 hari.

Kena tau jugak, dia tak boleh bagj statement ikut perasaan, ikut sentimen, ikut rasa geram. Dia tak boleh bagitau apa yang dia dengar dari orang. Apa kawan-kawan dia yang rawat kata, apa dia baca kat FB, twitter, semua tak laku.

Dia kena bagi statement professional. Letak semua tepi, kena bagitau apa dia nampak dan tahu sahaja.Sebab nama dia saksi professional.

Mahkamah akan nilai semula semua kenyataan saksi-saksi lain. Yang nampak kejadian, yang sempat berkomunikasi dengan arwah, semua. Mahkamah tak buat keputusan dengan hanya satu saksi semata-mata.

So, relax la. Jangan ikut sentimen sangat. Ada benda yang lagi besar, korang tak nampak. Tapi nak bagitau tak boleh lagi, sebab inkues masih berjalan. Tak tau la kot-kot ada saksi yang cover hal tu. Setakat ni takde lagi la.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)