Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ramai Salah Faham, Rupanya Ini Fungsi Sebenar Kamera Hutan Yang Rakam Pendaki Hilang
Sejak beberapa hari lalu, rakyat Malaysia terus mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat seorang pendaki yang dilaporkan hilang di kawasan Gunung Batu Putih.
Dalam masa yang sama, tular tangkap layar gambar dipercayai memaparkan mangsa yang berjaya dirakam oleh sebuah kamera khas yang dipasang di dalam hutan.
Penemuan itu mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan orang ramai.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana kamera tersebut boleh merakam mangsa. Manakala, ada juga yang mempersoalkan mengapa mangsa tidak berada berhampiran kamera berkenaan selepas gambarnya dirakam.
Soalan itu antara yang paling banyak dibangkitkan netizen selepas gambar berkenaan tersebar di media sosial.
Di platform Thread, seorang wanita turut mengemukakan persoalan sama yang kemudiannya mendapat perhatian ramai.
Menariknya, ruangan komen dipenuhi dengan penjelasan daripada individu yang mempunyai pengalaman sebagai renjer hutan serta mereka yang terlibat dalam pemasangan kamera perangkap atau "camera trap" di kawasan hutan.
Menurut seorang bekas renjer hutan, ramai sebenarnya salah faham tentang fungsi kamera tersebut.
"Hi bekas renjer here. Camera trap tu guna battery AA. Dia snap gambar bila sensor trigger movement je. Biasa letak dalam 3 minggu ke sebulan. Tengoklah nak letak berapa lama. Lokasi camera pulak dah marking sesiap coordinate dia. Melainkan kalau ada binatang curi camera tu untuk gambaq wedding ke apa. Baru hilang camera tu."
"Bila dia detect pergerakkan baru kamera on, lepas tu dia off balik. Ada yang dah pakai solar, data dia boleh upload masuk kat server pastu turn off balik."
"Kamera malaysia masih pakai bateri AA .. solar tu lambert lg nak masuk .. gambar pulak bukan auto masuk server .. tp renjer sndiri kena pegi ambil kamera tu."
"Kamera ni bukan rakam video dik. Ada benda lalu baru snap. Jd bateri tahan lama."
"Saya selalu tengok channel ni. camera trap ni guna battery biasa macam AA je, recording start kalau ada movement. kalau battery habis pun rakaman still tersimpan dalam sd card. kalau camera rosak pun tak ada hal sebab camera ni tak kemana pun stay situ je. video yang dah record sebelum rosak pun still ada kecuali kalau card yang rosak memang tak boleh buat apa la."
"Adik saya install camera ni sebab kerja dia so here jawapan diberi. Guna battery AA,camera ni akan function kalau ada motion je kalau tak, dia akan off. installation and maintainanance 1bulan sekali."
Ramai menyangka kamera yang digunakan di hutan berfungsi seperti kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam tanpa henti.
Hakikatnya, kebanyakan kamera perangkap direka untuk menjimatkan tenaga kerana ia diletakkan di lokasi yang jauh dari sumber elektrik.
Apabila sensor mengesan pergerakan manusia atau haiwan, kamera akan aktif seketika untuk mengambil gambar sebelum kembali ke mod 'tidur'.
Disebabkan itu, baterinya mampu bertahan dalam tempoh yang lama.
Menurut penjelasan daripada World Wildlife Fund (WWF), camera trap merupakan antara alat paling penting dalam usaha pemuliharaan hidupan liar di seluruh dunia.
Walaupun namanya mengandungi perkataan "trap" atau perangkap, kamera ini sebenarnya tidak membahayakan haiwan langsung.
Ia hanyalah kamera biasa yang dilengkapi sensor inframerah untuk mengambil gambar secara automatik apabila mengesan pergerakan di kawasan sekitarnya.
Melalui gambar-gambar yang dirakam, saintis dan penyelidik dapat mengenal pasti spesies haiwan yang berada di sesuatu kawasan, mengkaji tabiat pergerakan mereka serta mengumpulkan data penting untuk tujuan pemuliharaan.
Ramai mungkin menyangka tugas memasang kamera perangkap hanya sekadar meletakkannya di dalam hutan dan menunggu hasil.
Namun hakikatnya, proses itu jauh lebih mencabar.
Kamera biasanya dipasang di lokasi terpencil yang memerlukan perjalanan berjam-jam untuk sampai. Dalam sesetengah keadaan, pasukan penyelidik perlu meredah hutan selama sehari suntuk hanya untuk memeriksa sebuah kamera.
Selain itu, faktor cuaca lembap, hujan berterusan dan suhu panas turut menyebabkan kamera mudah mengalami kerosakan. Sebab itulah tidak semua gambar yang diperoleh berjaya digunakan.
Hakikatnya, kamera perangkap bukanlah alat komunikasi atau kamera pemantauan langsung. Ia hanya mengambil gambar apabila mengesan pergerakan, sebelum kembali 'tidur' dan menunggu pergerakan seterusnya.