Siakap Keli

“Terpegun Tengok Lukisan Secantik Ini,” Tak Sangka Ia Dihasilkan Oleh Seorang Wanita Istimewa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang dilahirkan dengan perbezaan kebolehan, ada kelemahan dan kekuatan masing-masing. Dan mempunyai ‘kekurangan’ bukan bermakna anda telah kehilangan segalanya. Semua orang boleh berjaya jika mereka mahu cuma dengan cara yang tersendiri.

Seorang wanita, Nur Fariza Abu Hassan (34) telah membuktikan kata-kata tersebut. Beliau tekad untuk mengubah kekurangnya itu menjadi kelebihan.

Fariza merupakan penghidap penyakit ‘Mucopolysaccharidosis’ jenis 4 iaitu sejenis penyakit yang membantutkan tumbesaran sejak lahir.

Nur Fariza Abu Hassan ( Gambar : Twitter Ahmad Faiz)

Fariza mula tular di laman Twitter apabila adik lelakinya, Ahmad Faiz memuatnaik hantaran mengenai bisnes tempahan lukisan kanvasnya.

Gambar : Ahmad Faiz

Memetik laporan Bernama, Fariza amat teruja apabila usahanya berbaloi dan mendapat sambutan yang  amat menggalakkan. Malah ramai pengguna Twitter kagum serta memuji hasil kerja tangannya itu.

Tweet yang dimuatnaik oleh adiknya itu mendapat ulang kicau lebih dari 33,000 kali dan 18,003 likes.

Gambar : Ahmad Faiz

Tidak terhenti setakat itu, Fariza turut memiliki kebolehan untuk bermain keyboard.

Gambar : Ahmad Faiz

Fariza merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Klang. Beliau turut menghasilkan lukisan yang dilukis di atas tin, permukaan kayu dan kotak kecil.

Malah, Fariza menjelaskan bahawa 150 buah lukisan yang dihasilkannya, 50 buah daripadanya telah dijual dengan harga antara RM100 hingga RM400.

Gambar : Ahmad Faiz

Fariza berasa bersyukur kerana mempunyai keluarga yang memberi sokongan penuh kepada dirinya. Ibunya sering memberi semangat kepada dirinya yang merupakan anak keempat dari lima adik-beradik.

Malah, lebih membanggakan, Fariza berjaya mempamerkan karya lukisannya di sebuah galeri Pulau Indah.

Antara lukisan Fariza yang dipamerkan (Gambar : Ahmad Faiz)
Gambar : Ahmad Faiz

Sumber : Ahmad Faiz 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.