Siakap Keli

Ada Keluarga Yang Hanya Makan Telur Sepanjang Hidup, Satu Per Lima Daripada 200 Juta Rakyat Pakistan Maut Akibat Malnutrisi

Seorang ibu bergegas ke wad Khas Pediatrik sambil mengendong anak kecilnya yang berusia 7 bulan. Ada riak kerisauan di wajah si ibu. Kelihatan wajah anak kecil itu kosong tanpa reaksi malah tubuhnya lebih kecil dari daripada bayi yang baru lahir.

Ternyata bayi itu kelaparan, walaupun dia kini berada di negara yang cukup sumber makan. Namun dia juga ‘sedar’ bahawa negaranya mencatat bilangan kematian bayi yang tertinggi di dunia kerana kurang zat dan nutrisi. Beratnya hnaya 2.5 kilogram, tiga kali ganda ringan daripada bayi seusianya.

Menurut Doktor di Hospital Mithi Civil di wilayah Sindh, kes sedemikian adalah perkara biasa. Kira-kira satu per lima daripada 250 pesakit yang datang ke hospital itu merupakan penderita malnutrisi.

Gambar : Tele-Visual

Si ibu, Nazeeran menggenggam tangan kecil anaknya. Terlihat disebelahnya sembilan bayi yang mempunyai nasib yang sama seperti anknya itu menangis di dalam sebuah inkubator kaca. Badan anaknya itu makin menyusut walaupun dia sering datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Menurut kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Dasar Makanan Antarabangsa (IFPRI), sekitar satu per lima daripada 200 juta rakyat Pakistan yang mengalami kekurangan nutrisi.

Walhal mengikut statistik, 500,000 tan gandum telah dieskport  dari Mei 2018 hingga April 2019, dan 7.4 juta tan beras dalam tempoh yang sama. Perkara ini membuktikan bahawa negara ini bukanlah negara yang tidak cukup sumber makanan.

Gambar : Pakistan Today

Kesusahan Hidup Yang Melampau

Pakar sosio-ekonomi berkata bahawa negara itu sememangnya mempunyai sumber makanan yang cukup namun tidak semestinya semua orang mampu untuk ‘memilikinya’. Terdapat empat tonggak utama keselamatan makan di Pakistan, iaitu ketersedian sumber, kemudahan untuk ‘mengasksesnya’, kemudahan dan kestabilan.

Dr Kaiser Bengali yang merupakan seorang ahli ekonomi veteran telah melakukan penyelidikan mengenai kemiskinan dan kelaparan di negara ini. Menurutnya, orang biasa di Pakistan tidak mampu memiliki makanan yang cukup kerana mereka tidak mampu untuk membayar nilai makanan tersebut.

“Ketidakmampuan merupakan cabaran terbesar di Pakistan. Ada satu kes di mana satu keluarga yang hanya makan telur sepanjang hidup mereka”

Gambar : The News International

Perkara ini ditambah dengan perkhidmatan air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan yang tidak mencukupi. Malah isu kehamilan awal, kekurangan zat besi pada ibu dan imunisasi turut menjadi penyebab kepada malnutrisi.

Sumber : Channelnewsasia.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.