Siakap Keli
Gambar Hiasan

SKMM Nasihat Pengguna Facebook Dan Instagram Untuk Tukar “Password” Baru

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini telah memuat naik satu kenyataan media yang meminta orang ramainya khususnya pengguna Facebook dan Instagram mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengemas kini kata laluan masing-masing.

Menurut SKMM, Facebook baru-baru ini mendedahkan bahawa pemeriksaan keselamatan rutin pada Januari mendapati sebahagian kata laluan pengguna Facebook dan Instagram disimpan dalam keadaan yang boleh dibaca oleh kakitangannya.

Bagaiamanpun Facebook memberitahu bahawa kata laluan tersebut tidak boleh diakses oleh pihak luar Facebook dan tiada tanda-tanda ada kakitangannya telah menyalahgunakan kata laluan yang terdedah.

Facebook juga memberitahu bahawa pihaknya telah pun berjaya mengatasi masalah tersebut dan akan memberi notifikasi kepada pengguna yang terjejas dengan sewajarnya.

”Sebagai langkah berjaga-jaga, SKMM ingin menasihati para pengguna Facebook dan Instagram di Malaysia yang ada menerima pemakluman tersebut untuk menukar kata laluan masing-masing.

”Sebarang proses menukar kata laluan perlu dibuat secara terus di aplikasi atau laman rasmi Facebook dan Instagram. Langkah ini penting memandangkan terdapat kemungkinan ada pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu ini, untuk memperdayakan orang ramai melalui kaedah penipuan, penyamaran dan phising,” kata kenyataan itu.

SKMM juga mamaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau isu ini dan berhubung rapat dengan Facebook untuk sebarang perkara berbangkit.

Sumber: SKMM

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.