Siakap Keli

(Video)’Montenegro Water Tree’, Fenomena Aneh Air Keluar Dari Batang Pokok Umpama Sebuah ‘Water Fountain’

Pernah tular di Malaysia tidak lama dahulu mengenai pokok petai yang dikatakan telah ‘menangis’. Fenomena berkenaan sempat menarik perhatian penduduk sekitar dan menjadi bualan di alam maya apabila segelintir individu meminum ‘air mata’ pokok petai tersebut kerana percaya ia mujarab merawat pelbagai penyakit, sedangkan ianya terhasil dari air kencing sejenis serangga.

Jika di negara kita ada pokok petai ‘menangis’, di Montenegro juga ada pokok yang boleh mengalirkan air. Bezanya, pokok mulberi tersebut mengeluarkan air daripada batang pokoknya dan fenomena berkenaan sudah berlaku sejak sekian lama apabila tiba musim bunga.

Apabila di kawasan sekitar pokok mulberi berkenaan mula ditenggelami air, pokok tersebut kemudian secara perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah ‘water fountain’ yang berterusan mengalirkan air.

Menurut penduduk tempatan, fenomena semula jadi ini sudah berlaku sejak 20 hingga 25 tahun yang lalu dan dia menjangkakan pokok berkenaan sudahpun berusia melebihi 100 tahun.

Katanya lagi, kawasan di mana pokok berkenaan berada mempunyai tekanan yang tinggi dan secara perlahan-lahan telah membentuk salur air melalui batang pokok tersebut dari semasa ke semasa.

Dia juga mendakwa bahawa penduduk kampung tidak melakukan apa-apa sebaliknya apa yang berlaku disebabkan fenomena semula jadi alam.

Malah, di kawasan sekitarnya juga terdapat banyak punca mata air yang membuak-buak keluar daripada Bumi. Saksikan fenomena aneh melalui video di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6RjE0X4-sA0]

Sumber: SIA Amazing

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.