Siakap Keli
Time Magazine

Backstreet Boys Buat Jelajah Asia, Thailand Dan Indonesia Antara Destinasi Pilihan Tetapi Malaysia Tak Tersenarai

Jika beberapa hari lepas, peminat-peminat dunia muzik tempatan teruja dengan khabar kehadiran kumpulan muzik terkenal, Westlife ke Malaysia bersempena dengan Jelajah Asia, satu lagi kumpulan, Backstreet Boys turut menyatakan hasrat yang sama.

Malangnya, kali ini peminat-peminta muzik harus menyatakan perasaan cemburu kerana Malaysia tidak termasuk pun dalam senarai tersebut.

Bersempena dengan promosi album terbaru mereka, DNA, beberapa buah negara jiran di sekitar Malaysia sebaliknya menjadi pilihan kepada kumpulan popular ini.

Dengan Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama untuk disinggahi pada 24 Oktober dan diikuti Indonesia apda 26 Oktober.

Dua buah lagi negara Asean yang bertuah untuk menyambut kehadiran kumpulan ini adalah Filipina pada 28 Oktober dan penutup jelajah di Singapura dua hari kemudian.

Jelajah Asia Backstreet Boys bermula di Jepun bermula 13 hingga 16 Oktober sebelum terbang ke Macau pada 19 Oktober di singgah di Taiwan pada 22 Oktober.

Bagi para peminat Backstreet Boys di Malaysia, anda mungkin boleh mengumpul duit dan memilih untuk bercuti di negara jiran terdekat untuk sama-sama menyambut kehadiran mereka.

Lagu-lagu hits kumpulan berkenaan seperti As Long As You Love Me, Everybody dan Larger Than Life pernah menjadi bualan anak-anak muda di Malaysia satu ketika dahulu.

Sumber: IG Backstreet Boys

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.