Siakap Keli

Hamas Dakwa Genjatan Senjata Berjaya Dicapai Selepas Serangan Udara Israel Ke Atas Gaza

Susulan serangan udara yang dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza semalam, jurucakap kepada parti politik yang mentadbir wilayah tersebut, Hamas mengumumkan genjatan senjata telah dicapai diantara kedua-dua pihak.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas berkata, usaha ke arah genjatan senjata itu dicapai hasil rundingan yang diketuai oleh Mesir.

Media Israel, Time Of Israel turut melaporkan bahawa Hamas bersetuju dengan rundingan genjatan senjata tersebut yang berkuat-kuasa pukul 10 malam, waktu tempatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pentadbiran Israel berhubung dakwaan yang dibuat oleh pergerakkan Hamas.

Israel sebelum ini melancarkan serangan terhadap kompleks kerajaan dan beberapa kemudahan ketenteraan milik Hamas.

Sebelum itu, Israel mendakwa sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam telah melancarkan roket ke wilayahnya yang menyebabkan sekurang-kurangnya 7 orang cedera termasuk kanak-kanak.

Media antarabangsa juga melaporkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melakukan lawatan ke Amerika Syarikat ketika kejadian berkata pihaknya akan membalas serangan roket berkenaan dengan kekuatan penuh.

Sumber: Yahoo News, Time Of Israel

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.