Siakap Keli

Sudah 4 Hari Hilang, Netizen Cipta Hashtag #PrayforAcab, Bantu Cari Peserta Gopeng Ultra Trail Tak Tiba Di Garisan Penamat Sejak Sabtu

Mohd Ashraf Hassan merupakan salah seorang peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang pada Sabtu lalu, 23 Mac dan sehingga kini masih tidak ditemui.

Ashraf antara sekurang-kurangnya 400 lebih peserta yang menyertai larian itu di sekitar Gua Tempurung dan tidak tiba di garisan penamat pada masa yang telah ditetapkan.

Hari ini, 27 March merupakan hari keempat sejak kehilangan Ashraf dan rata-rata netizen mendoakan agar dia selamat dan dijumpai dalam masa terdekat.

Di Twitter, hashtag #prayforacab dibuat bagi mendoakan kesejahteraannya sepanjang tempoh pencarian.

Pihak pengurusan larian tersebut turut meminta orang ramai untuk memaklumkan sebarang maklumat berkaitan mengenai Ashraf.

Sumber: Twitter

Baca:

Shopee Jualan Murah Gila-Gila, Diskaun Sampai 90%, Barang RM100 Dapat RM1, Penghantaran Percuma Dari Sekarang Hingga 27 Mac

Nur Farra