Siakap Keli
Gambar : Venezuela - CNN

Venezuela Bergelap, Sekali Lagi Alami Gangguan Bekalan Eletrik

Caracas : Kerajaan Venezuela masih berusaha untuk memulihkan bekalan elektrik yang terputus di seluruh negara buat kali kedua dalam bulan ini, lapor agensi berita Xinhua.

Menurut kenyataan pihak kerajaan, loji hidro elektrik utama Guri sekali lagi mengalami gangguan pada Isnin malam.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan untuk memastikan bekalan lelektrik dapat disambung semula,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi “Venezuela sekali lagi terpaksa bergelap selepas loji hidro elektrik utamanya didakwa diserang pengganas.”

Menjelang Selasa malam, lebih 85 peratus perkhidmatan elektrik negara berjaya dipulihkan.

Pada 7 Mac lepas, hampir seluruh negeri di Venezuela terpaksa bergelap selama kira-kira lima hari, menyaksikan sekolah dan pejabat terpaksa ditutup sementara.

Kerajaan menuduh ia merupakan tindakan sabotaj pelampau sayap kanan yang disokong Amerika Syarikat, bertujuan untuk menguasai negara itu.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.