Siakap Keli

Hukuman Mati Kepada Pemandu Mabuk Bakal Dilaksana Di Taiwan

Pihak Eksekutif Yuan meluluskan draf pindaan Kanun Jenayah pada mesyuarat mingguannya Khamis, memberi mandat bahawa pemandu mabuk yang didapati bersalah melanggar kenderaan secara sengaja boleh menghadapi hukuman mati.

Draf ini menetapkan bahawa pemandu dibawah pengaruh alkohol dan melakukan kesalahan berulang dalam tempoh lima tahun sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada pihak terbabit akan menghadapi penjara lima hingga 12 tahun dan jika mangsa meninggal dunia, hukuman penjara 7 tahun atau seumur hidup.

Jurucakap Eksekutif Yuan, Kolas Yotaka (蘇貞昌) berkata, hukuman yang lebih berat diperkenalkan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol mengakibatkan kematian ramai orang yang tidak bersalah dan memusnahkan instituisi kekeluargaan.

Rang undang-undang ini akan dihantar ke Mahkamah Perundangan di mana ia akan dibahaskan dan diluluskan sebelum berkuatkuasa.

Sumber:  Taiwan News

Nur Farra