Siakap Keli

“Ya Allah, Inikah Sakaratul Maut,” Danial Arief Akhirnya Cerita Detik Hitam Saat Separuh Badannya ‘Ditelan’ Mesin Pengisar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gempar tahun lalu, kisah seorang pemuda yang cedera parah selepas kedua-dua kakinya ‘hancur’ ditelan mesin pengisar. Ramai yang bersimpati akan nasib yang menimpanya sewaktu mencari rezeki di Korea.

Kejadian yang berlaku pada November tahun lalu itu sekaligus mengubah keseluruhan hidup Danial Arief apabila kedua-dua kakinya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong. Selepas beberapa bulan berlalu, dia yang kini masih mendapatkan rawatan di negara berkenaan berada dalam keadaan sihat dan stabil.

Melalui facebooknya, Danial tampil berkongsi detik cemas sewaktu kejadian itu berlaku. Ngeri apabila membayangkan kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa. Moga Allah memberikan ketabahan kepada anak muda ni.

PADA HARI KEJADIAN AKU….

Harini mood aku agak membosankan sebab tak pergi mana. Yelah cuaca sini kejap ok kejap tak kan. So aku harini rehat je dalam bilik aku. Ramai orang yang baru follow aku nak tahu macam mana terjadi. Apa sebab terjadi. Ok. Ada sikit benda aku nak tulis cerita pada hari kejadian.

Gambar : FB Danial Arief

Isnin 19 Oktober 2018

Aku bangun pagi mcm biasa pukul 6 pagi. Start kerja pukul 7 pagi. Dah mandi apa semua pukul 6:40 aku turun ke bilik lepak hisap rokok. Yang anehnya, safety boot aku hilang pada hari tu. Dah macam orang gila aku cari tak jumpa. Takpe la. Aku pinjam kasut member aku then terus pergi start mesin. Maklum la tu la kerja aku. Start mesin recycle.

Pukul 9 pagi aku punya agent kesayangan aku datang. Aku panggil dia Omma sebab dia dah mcm mak aku and layan aku macam anak dia. Dia ambil aku sebab nak pegi klinik check kaki aku. Seminggu sebelum tu, kaki aku terkena pisau bahagian betis. Dalam dia punya luka beb.

Settle je kat klinik dia tanya aku nak makan apa. Aku jawab je la tak kisah pon. Sekali bawak aku pegi Lotteria. Haaa makan burger bhai breakfast. Katanya pizza tak buka lagi. Haha. Habis makan terus hantar aku balik kilang.

Gambar : FB Danial Arief

Pukul 3 petang mesin stop sebab jem tetiba. So aku as operator, technician, engineer apa semua aku pergi tolong tengok apa yang jadi. Mesin tu tak bergerak beb. Tak leh jalan. Kitorang pon heran. Aku pon tanya la kat aku punya leader means orang lama, nak tak masuk dalam mesin.

Tetiba terjunam ke dalam pengisar..

Dia kata ok jap nak stop mesin. Dia dah settle ok aku masuk. Tengah clearkan benda yang boleh punca sangkut tetiba aku terjunam dalam pengisar. Allahuakbar! Aku jerit! Aku mengucap! Aku fikir aku nak mati. Kaki aku kebas! Aku tengok peha aku isi terkeluar. Menitik air mata aku. Aku mengucap banyak kali. Sempat mesin tu member aku stopkan.

Ya Allah member aku semua keliling aku menangis tengok aku. Sahabat aku nak pengsan. Menggigil aku tengok. Diorang bagi aku air. Time tu aku meraung sekuat hati!! Aku jerit Laillahaillallah.

Ya Allah inikah sakaratul maut..

Lepas 3 minit bomba and medic datang. Dia tenangkan aku. Check tekanan aku macam mana. Memang aku haus ya amat. Aku fikir ya Allah inikah sakaratul maut??? Aku rasa dahaga sangat-sangat. Sebelom diorang datang aku minum 2 botol air member aku bagi. Org medic tu tanya aku nama apa, duduk mana. Aku dah stress dah. Aku minta air dia kata tak boleh. Bahaya. Aku heran laa.

Azab apabila dipotong kaki kiri dalam sedar

Pastu dia bagi bantuan oxygen kat mulut aku. Boleh pulak dia ajak borak dengan aku. Ok kaki kanan aku memang hancur habis. Kaki kiri sangkut. So diorang decide untuk potong. Time dorang potong tu. Allahuakbar azab dia. Sakit yang tak pernah aku rasa. Lepas habes potong terus diorang angkat aku berjemaah masuk ambulans.

Dalam ambulans pulak aku minta air. Wehh memang aku rasa dahaga sangat-sangat!!! Dia tetap taknak bagi. Aku taknak pandang langsung apa jadi kaki aku. Takut aku pengsan. Tetiba ambulans berhenti.

Dibawa menaiki helikopter

Tudiaa helikopter mai. Aku naik helikopter pulak. Time tu aku dah nak pengsan dah. Ada sorg tu tah la aku tak taw dia tampar muka aku. Dia cakap wake up! Pastu dia tanya apa makanan kegemaran aku. Kenapa tak suka makanan korea? Aku time tu sabar je. Mengucap je kat hati ni. Masa sama aku nak melayang. Aku pening sangat.

Lepas 5 minit aku sampai Hospital Ajoudae. Kelam kabut diorang bawak aku. Time tu aku nampak kabur dah. Pangg kena tampar lagi kat muka. Masuk je dalam bilik bedah, aku tengok seramai tidak weh doctor sambil record aku ramai. Pastu dia letak anesthesia kt hidung aku terus pengsan…..

Lepas 3 hari aku pon sedar… Benda pertama aku cari air. Memang aku dahaga sangat-sangat. Sakit betul tekak aku diorang letak apa benda tah. Esok hari pulak pukul 6 petang mak and ayah aku masuk tengok aku. Ya Allah betapa sedihnya aku tengok diorang nangis. Sumpah aku tak kuat…

Gambar : FB Danial Arief

So pengajarannyaa lepasni nak kerja safety utamakan ok. Fikir logik. Jangan jadi macam aku.

Salam anak perantauan.

Sumber : Danial Arief

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.