Siakap Keli
Gambar Hiasan

Pakar Jantina Percaya Nak Tukar Lampin Bayi Perlu Minta Kebenaran

Pakar jantina dan seksualiti mengeluarkan satu kenyataan bahawa ibu bapa harus ‘meminta’ izin bayi untuk menukar lampin mereka.

Digelar sebagai ‘pendidik seksual’, penceramah dan penulis, dia bercakap kepada ABC dalam satu rakaman temubual.

“Kami bekerja dengan kanak-kanak sejak umur mereka 3 tahun. ”

Wartawan yang menemubual turut keliru dan bertanya, “Sejak lahir?”

“Ya, ia sebagai mendidik budaya meminta keizinan di rumah.”

“Saya nak tukar lampin awak ni, bolehke?

“Memang bayi tak akan bertindak balas dengan pertanyaan itu, tapi jika kamu berikan ruang dan memahami bahasa tubuh, mereka akan faham.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra