Siakap Keli
Gambar Kredit The Korean Times

“Selamat Sore,” Salah Ucap Selamat Petang, Presiden Korea Dikritik

Pejabat Presiden Korea, The Blue House, mengakui pada minggu lalu, bahawa Presiden Moon Jae-in memberi ucapan dalam bahasa yang salah semasa semasa sidang akhbar dengan perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.

Pengakuan itu dikeluarkan selepas media tempatan, Segye Ilbo melaporkan bahawa Moon telah menggunakan ungkapan ‘Selamat Sore’ ketika beliau bersama Tun Mahathir dalam satu sesi sidang media mengumumkan perjanjian kemuncak dua hala di Putrajaya.

Selamat petang adalah ‘selamat sore’ dalam bahasa Indonesia.  Moon sepatutnya mengucapkan ‘good evening’ yang bermaksud selamat petang dalam bahasa Melayu dan juga boleh digunakan jika majlis itu dijalankan pada waktu malam.

Media tempatan rata-rata menggelarkan Moon sebagai seorang pemimpin yang tidak mempunyai pemahaman tentang bahasa Melayu.

Timbalan jurucakap Blue House walau bagaimanapun menjawab kontroversi yang berlaku selepas 12 jam ia tular di media sosial dan mengakui bahawa kesilapan yang berlaku disebabkan oleh kekeliruan.

Dalam teks itu, Ko menyatakan rasa kesal dan membuat permohonan maaf kerana lambat bertindak balas dengan berita yang tersebar.  Menurutnya, beliau perlu menyemak kesilapan itu dengan wakil di Malaysia dahulu.  Ko menambah, kesilapan dibuat dalam ucapan Moon itu kerana dia cuba untuk bertutur dalam bahasa negara yang dilawati.

Menurutnya lagi, The Blue House akan memastikan kesilapan sedemikian tidak berlaku lagi, dan menjelaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menggembar-gemburkan isu ini.

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan situasi yang sama berlaku lagi,” kata Ko, mengakui ia adalah satu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku.

Sumber: The Korean Times

Nur Farra