Siakap Keli
Gambar : Google

Hero Cilik Lombok Dicadang Jadi Anak Angkat Malaysia

Kuala Lumpur : Keberanian seorang kanak-kanak pekak dan bisu warga Indonesia, Taufik berusia 12 tahun yang sanggup menggadai nyawa untuk menyelamatkan rakyat Malaysia semasa gempa bumi Lombok pada 17 Mac lepas perlu diberi pengiktirafan sewajarnya.

Susulan itu, Global Peace Mission (GPM) Malaysia bercadang untuk menghantar satu laporan penuh mengenai peranan Taufik dalam kejadian berkenaan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat.

“GPM Malaysia akan menghantar satu laporan kepada pejabat TPM dan kita mempunyai satu usul untuk dipertimbangkan oleh Datuk Seri Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu untuk menjadikan Taufik sebagai ‘anak angkat Malaysia’,” 

Peranan anak ini menyelamatkan sekumpulan rakyat kita sangat besar. Kita harus memberikan penghargaan kepada keberanian dia dan ia sedikit sebanyak akan menjadi inspirasi kepada orang lain selepas ini, katanya kepada Bernama News Channel (Astro saluran 502) di sini hari ini.

Katanya, sewaktu pihaknya mengumumkan Taufik sebagai ikon ‘hero cilik’ GPM Malaysia, banyak pihak telah tampil menghulurkan bantuan antaranya kesediaan seorang pakar bedah telinga Hospital KPJ Tawakkal, Prof Datuk Dr Lokman Saim untuk merawat kekurangan Taufik setelah beliau begitu terkesan dengan kisahnya.

Sekiranya Taufik dijadikan ‘anak angkat Malaysia’ ia secara tidak langsung mengukuhkan lagi hubungan serumpun antara Malaysia dan Indonesia yang terjalin sekian lama, ujarnya.

“Berita mengenai Taufik mendapat liputan meluas di kedua-dua negara. Di Indonesia mereka telah mula melancarkan tabung untuk Taufik dan kita di sini juga perlu membantu antaranya untuk perkembangan kesihatan Taufik,” 

Pada Jumaat, GPM Malaysia telah membawa Dr Lokman bertemu Taufik di Rumah Sakit Umum Daerah Nusa Tenggara Barat bagi membuat saringan akhir kepada masalah pendengarannya.

Taufik telah dibekalkan dengan alat bantu dengar yang dibawakan khas dari sini dikenali sebagai Bone Anchored Hearing Aid (BAHA) untuk dipakai selama 6 bulan sebelum pembedahan menanam implan dapat dilakukan.

Sebelum ini, Bernama News Channel yang mengikuti misi kemanusiaan #peduligempalombok melaporkan mengenai Taufik setelah menyelamatkan enam rakyat Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Air Terjun Tiu Kelep di Senaru, Lombok.

Dalam kejadian gempa bumi itu, dua rakyat Malaysia iaitu Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Tai Siew Kim dan seorang lagi peserta dikenali sebagai Lim Sai Wah dilaporkan maut.

Orang ramai yang ingin membantu Taufik menjalani pembedahan bagi memulihkan pendengarannya dan juga menaja pendidikan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun GPM iaitu Maybank 5642 2161 1602, Bank Islam  1402 3010 02922 4 dan CIMB 860 353 2513.

Sumbangan dalam talian boleh dilakukan melalui pautan https://www.billplz.com/wirataufik.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di