Siakap Keli

(Video) Keseronokkan Bertukar Tragedi, Pusaran Angin Terbangkan Istana Belon Bawa Puluhan Kanak-Kanak Ke Udara

Dua orang kanak-kanak maut manakala 20 orang lagi cedera selepas istana belon ‘bouncy castly’ di sebuah kawasan taman permainan telah dibawa angin hingga ke perkarangan langit wilayah Henan, China.

Salah seorang saksi memberitahu media bahawa dia melihat seorang kanak-kanak jatuh dari langit pada ketinggian 20 meter (66 kaki).

Pihak berkuasa tempatan berkata 18 orang kanak-kanak dan dua orang dewasa telah dibawa ke hospital.  Seorang kanak-kanak berada dalam keadaan serius manakala selebihnya dirawat kerana cedera ringan.

Rakaman ribut debu yang digelar ‘debu syaitan’ itu menunjukkan orang ramai berlari dan gerai-gerai musnah dibawa ribut debu tinggi ke langit.

Menurut laporan, debu syaitan ini merupakan puting beliung yang ‘jalan’ menegak dan terbentuk dalam keadaan kering.

Walaupun ia tidak berbahaya, angin debu itu boleh berkembang kepada lebih daripada 10 meter dan beratus-ratus meter tinggi.

Sumber: BBC News

Nur Farra