Siakap Keli

(Video)Kanak-Kanak Perempuan ‘Selamba’ Berus Gigi Buaya Sambil Ditemani Ular Sawa

Memiliki haiwan peliharaan adalah perkara biasa. Kucing, burung ataupun hamster adalah haiwan-haiwan comel yang sering menjadi pilihan untuk orang ramai untuk dibela.

Namun lain pula dengan keluarga di Indonesia ini, apabila memilih untuk memberikan anak perempuan mereka yang masih kecil haiwan-haiwan eksotik seperti buaya dan ular sawa untuk dibela.

Lebih menakjubkan, dalam satu video tular di media sosial negara jiran itu, kanak-kanak itu kelihatan tenang dan fokus memberus gigi buaya peliharaan dalam besen berisi air yang dikongsi bersama-sama.

Maharani boleh dilihat meletakkan ubat gigi dan menggosokkan gigi haiwan ganas tersebut manakala buaya berkenaan dilihat seolah-olah gembira dilayan sebegitu.

Selain buaya, di dalam video tersebut turut kelihatan ular sawa dan juga burung enggang menemani kanak-kanak tersebut.

Saksikan video di bawah.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zlGHxHW_3fs] [youtube https://www.youtube.com/watch?v=xOQtCQj0RQo]

 

Sumber: Youtube

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.