Siakap Keli

Biawak Pun Kena Seludup, Indonesia Mahu Tutup Pulau Komodo Tahun Depan

Kerajaan Indonesia mengambil keputusan untuk menutup Pulau Komodo pada tahun depan selepas mendapati ada pelancong yang meneludup keluar biawak komodo dari pulau tersebut.

Pengumuman ini dibuat susualan kejayaan polis membongkar kegiatan kumpulan penyeludup yang menjual lebih 41 ekor biawak komodo di pasaran antarabangsa pada harga sekitar RM 145 ribu seekor.

Penutupan berkenaan akan memberi peluang kepada kerajaan untuk mengkaji semula program pemuliharaan yang dilksanakan selama ini dan membenarkan program penanaman semula di pulau berkenaan.

Bulan lepas, polis Indonesia berjaya mematahkan aktiviti penjualan biawak komodo secara atas talian dengan merampas lima ekor haiwan tersebut.

Kawasan Asia Tenggara yang mempunyai hutan hujan tropika yang masih utuh dikenali sebagai kawasan yang kaya dengan kepelbagaian biodiversiti. Bagaimanapun, kawasan ini juga menjadi pusat kepada aktiviti penyeludupan.

Biawak komodo merupakan penghuni asal Pulau Komoda yang sekian lama menjadi tarikan kepada para pelancong untuk mengunjungi pulau tersebut.

Kegiatan penyeludupan binatang liar menyaksikan beberapa spesis haiwan seperti orang utan dan gajah sumatera kini dikategorikan sebagai haiwan terancam di Indonesia.

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.