Siakap Keli

”Tiba-Tiba Hujan Lebat Dan Ribut, Pokok Tumbang Ketika Baca Ayat Al Quran,” Sukarelawan Kongsi Detik Sertai Pencarian

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Masih menjadi misteri, kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali sebagai Acap. Usaha demi usaha dijalankan, namun sehingga kini memasuki hari kesebelas, semuanya menemui jalan buntu.

Namun, di sebalik usaha pencarian, pasukan penyelamat dan sukarelawan terlibat diduga dengan pelbagai ujian. Meredah segenap pelusuk hutan tidak perlu dipersoalkan lagi ketahanan fizikal yang diperlukan tetapi kejadian-kejadian aneh yang berlaku di luar logik akal manusia.

Seperti perkongsian oleh salah seorang pengamal perubatan ini yang terlibat dalam usaha mencari Acap. Sewaktu alunan ayat suci dialunkan, pasukan mereka mendakwa tiba-tiba hujan lebat beserta ribut membadai. Ranting-ranting diterbangkan, pokok besar juga tumbang. Ikuti lagi beberapa kejadian seram dan ujian yang terpaksa diredah seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Perkongsian Coretan di Gopeng tanggal 31 March 2019 Hari ke 9 KEHILANGAN ACAP .

Bukan mencari credit atau tunjuk hebat atau orang yang berilmu tapi sekadar membantu dan mengajak para pengamal kerohanian lain turun bantu… Selama ini banyak aktiviti SAR kt turun padang tapi senyap-senyap.. Izinkan pertama kali saya share sebagai pedoman atas pengalaman..

Kami pasukan rawatan kerohanian Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah tiba di Gua Tempurung anggaran 1PM.. Berjumpa dgn Ketua Team Mossars untuk mendengar taklimat mengenai kehilangan dn apa sahaja kemungkinan yang telah berlaku untuk hari ke 9 Acap hilang..

Difahamkan seramai 600 sukarelawan telah terlibat dlm pencarian ini dan hampir 100 ahli bomba dan mungkin lebih dari 100 ahli bomba telah turun padang mencari “hint” acap tapi tidak di jumpai apa2 pun kecuali botol minuman acap yang telah di sahkan oleh isterinya sendiri..

Selain itu, tidak ada apa-apa hint lain yang dijumpai sepanjang 9 hari pencarian.. Maka ramai lah orang yang punyai “ilmu kerohanian” datang menggunakan cara masing-masing sejak hari ketiga acap hilang.. Tapi tiada jalan yang di jumpai..

Banyak info palsu tersebar

Kami juga seramai kekuatan 4 orang tidak terlepas untuk beri bantuan misi mencari acap.. Maka setibanya di sini.. banyak lah versi versi yang diceritakan dan banyak info info palsu juga yang tersebar..

Pihak bomba dan lain-lain tiada pilihan tetap terima apa jua info memandangkan menemui jalan buntu setelah 7 hari berlalu.. Anjing pengesan juga gagal dan pening matanya..

Kami bergerak mencari lokasi acap melalui trail.. Terus menuju beberapa tempat dan singgah ke Bukit Batu Putih dan kami daki… Ada beberapa tempat di sana kita “interaksi” dgn “makhluk sana” tapi mereka menyatakan acap tiada di situ.. tidak berpusing-pusing sekitar situ tapi lebih kepada kawasan yang punyai air seperti tasik/sungai/aliran anak sungai.. Wallahualam..

Jika dilihat kembali, di sinilah penuh maklumat palsu.. ada yang claim sudah di “scan” jarak jauh dan suruh sukarelawan buat itu ini.. Di katakan berada “di situ dan di sini”.. Tapi kebanyakan dari mereka yang “tunjuk pandai” ini tidak datang pun ke tapak kejadian..

Datang dan lihat sendiri depan mata

Doa memang boleh digalakkan sekali tapi siap cakap di sana ada “itu dan ini” memang kita katakan mengecewakan ramai pihak terutama sukarelawan… mereka tahu bercakap tapi tak datang .. Suruh itu ini kepada pasukan sukarelawan seolah olah semua sukarelawan ini ada kemahiran “kerohanian”..

Kalau hebat sangat datang lah sini.. Lihat depan mata.. Pengalaman saya sndiri sebagai perawat.. Melihat tempat hutan dan gua sekitar sini .. Masing-masing mempunyai “frekuensi gelombang” yang tidak sama dan mempunyai “kepala” yang berbeza beza..

Ada yang kata kena “tunaikan syarat” kena “lepaskan ikatan” bagai tu.. datang turun dan saksikan sendiri lah dan bicara sendiri dgn “penduduk sini”..

Tunjuk kan bakat jarak jauh yang hebat itu..

Terlalu ramai ‘penduduk asal’ di sana

Yang penting sama-sama usaha selamatkan mangsa.. Geng paranormal suka cari hantu.. sekarang cari lah acap pulak.. hantu nak buat hape dicari geng…

Ada yang Islam dan yang kafir..Terlalu ramai.. kerana kawasan sekitar sini batu batunya sahaja sudah berusia ribuan tahun.. inikan “penduduk asal” sana..

Mengikut hasil kajian dari sudut kerohanian.. Acab sudah dialihkan ke tempat lain dan bukan lagi Bukit Batu Putih.. Kami telah dipanggil oleh wakil sukarelawan setelah turun dari Bukit Batu Putih..

Runner tak jumpa kedudukan kami walau trail hanya sehala

Ini juga ada kisah pelik.. Di mana seorang runner dari wakil itu mencari kami dan berlari ke Bukit Batu Putih tapi tidak jumpai kami sedangkan trail itu hanya sehala..

Runner itu bertanya pada orang yang yang dijumpai bersalam dengan kami tak smpai 1 minit cakap kami baru berlalu.. tapi runner tak jumpa kedudukan kami ketika itu.. Wallahualam ..

Dibawa ke tempat Acap ‘disembunyikan’

Seterusnya kami ditemukan di lokasi kereta bawah Bukit Batu Putih.. Maka di situ bermula perkenalan kami dan kami dibawa ke satu tempat yang dirahsiakan yang disyaki acab di “sembunyikan” di kawasan itu.. bersebelahan dengan trail 25KM berdekatan Gua Kandu..

Tiba-tiba hujan lebat dan ribut sewaktu alunan bacaan ayat suci

Kami mula memasuki kawasan itu sekitar 5PM.. Berhutan.. dimulakan dengan bacaan ayat Al Quran .. Suasana sudah mendung ketika itu.. Kebetulan semasa bacaan dalam 10 minit hujan yang amat lebat dan ribut yang terlalu kuat menjelma ketika bacaan dialunkan…

Ranting pokok berterbangan, pokok besar tumbang

Suasana menjadi agak sukar sebab angin kuat dan ranting2 pokok semua terbang… Lalu, takdir Allah ketika kami masih alunkan bacaan dlm keadaan basah .. sebuah pokok yang amat besar sepemeluk telah tumbang tidak semena mena patah di tengah..

‘Hampir-hampir’ sahaja jumpa Acap

Angin menjadi lebih kuat dan ketika itulah kita dapat firasat acap berada di sana… bagaimana pun kami berhujan dan basah segala apa wallet, hp smua basah tetap kami teruskan kerna “hampir hampir” sahaja mendapat clue acap.. niat kami jika tidak dapat acap tapi dapat bukti fizikal seperti topi atau beg nya juga sudah mencukupi…

Kelibat orang berlari dirasai

Ternyata , ia amat sukar.. kelibat orang berlari memang kami rasakan di mata dan cuba menarik nya supaya tdak berada dalam dimensi ghaib tapi keadaan amat sukar.. ia bukan semudah yang di sangka.. tidak semudah A B C… Kerna ada sesuatu makhluk lain takuti di sana.. seolah2 ada yang berpangkat tinggi dan yang lain2 mampu melihat sbb “kasta rendah”..

Ada beberapa kemungkinan dari segi kerohanian tidak berfakta mengapa dan di mana acap .. tapi yelah pabila tiada bukti fizikal maka laporan akan jd sukar dan kita tdk maklumkan kpd sesiapa buat masa itu..

Bau wangian pada sebelah malam

Sebelah malam kami datang kembali dengan kekuatan 15 sukarelawan tapi seolah-olah sudah tiada apa lagi di kawasan yang sama itu.. Hanya wangian yang amat wangi dan salah satu team iaitu di bawah saya kami nyaris di sesatkan dan jumpai pokok-pokok yang besar dan pokok itu tidak sepatutnya di kawasan itu.. Wallahualam kerna keadaan malam amat gelap..

Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda

Jadi, kesimpulan di sini.. Mana2 yang pengamal kerohanian tu usahlah hanya sekadar bicara omong kosong dari jauh semata mata.. Sudah terlalu ramai yg bicara begitu dan berikan maklumat atas nafsu dan palsu.. Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda … bukan hanya tampilkan “pendekar pena” semata mata…

Kami sendiri datang dan saksikan sendiri dgn pengalaman dan keluar kos sendiri semata mata niat nak bantu acap… Kami akui kami “hampir” dapat tapi hakikat nya tetap tidak berjaya.. pulang tanpa sebarang bukti fizikal.. Soal berjaya atau tidak kami redha dan serahkan pada Allah..

Apa-apa pun kita berada di sana sudah smpaikan pesanan kepada makhluk-makhluk di sana akan ada lebih ramai perawat datang dan sekiranya masih tidak dijumpai.. saya dan pasukan akan hadir kembali dengan persediaan yang lebih..

Sama sama kita doakan urusan ahli bomba dan ahli sukarelawan dipermudahkan… Hidup atau mati Acap biar Allah yang tentukan… Pelbagai kemungkinan sudah dilakukan kini hanya serah dan tawakkal pd Allah..

Jutaan infiniti terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan bomba.. kami saksikan sndiri anda tidak pernah putus asa.. 24 jam tiada henti..

Sebelum ada yang komen merepek tak percaya.. kembali kepada Rukun Iman…
Beriman Kepada Perkara Ghaib. Al Fatihah..

Sumber : Pangiran Nur Satria Aduka

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.