Siakap Keli

Tulis ‘Water Resistant’ Tapi Kena Air Terus Rosak? Ini Senarai Terma ‘Water Resistant’ Yang Berbeza Pada Jam Perlu Anda Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kami pasti, setiap daripada anda pernah memiliki jam tangan. Ketika kecil, menjadi satu kebanggaan untuk ditunjukkan kepada rakan-rakan sekiranya anda mempunyai seutas jam tangan tersebut. Lebih-lebih lagi jika jam itu boleh dibawa mandi kolam, sungai, laut atau sebagainya.

Waktu itu, apa yang difahami adalah jam berkenaan kalis air sebab itulah boleh dibawa masuk dalam air. Malah, jika disemak pada bahagian panel belakang jam, tertera perkataa ‘Water Resistant’ ataupun ‘Water Proof’.

Untuk jam tangan jenama lebih mahal, mungkin ada info tambahan lain seperti perkataan ‘100m’ yang sering disalah erti sebagai kedalaman jam tersebut boleh dibawa menyelam.

Jadi apa maksud sebenarnya? Jom baca perkongsian info menarik yang dibuat oleh BIDA Accessories STORE dibawah. Semoga bermanfaat.

APA ITU WATER RESIST? APA ITU 10BAR? APA ITU MM dan ATM?

Pada setiap bahagian belakang case jam tangan biasanya akan diletakkan tulisan “Water Resistant”. Tahukah anda, bahawa ketahanan air setiap jam tangan berbeza-beza?

Tahukah bahawa setiap jam tangan yang ada tulisannya Water Resist belum tentu boleh digunakan untuk berenang? Adakah anda mengetahui maksud tulisan Bar, ATM atau 100m yang tertulis di bahagian belakang jam tangan?

Tahukah bezanya Water Proof dengan Water Resistant? Jika jawapannya Tidak, maka baca terus artikel kali ini kerana kami akan memberikan sedikit gambaran mengenai ketahanan air jam tangan.

Water Resistant Vs Water Proof

Berdasarkan ISO (International Organization for Standardization), sebutan Water Proof sudah tidak digunakan lagi sejak tahun 1990 dan sudah banyak negara yang mengikutinya.

Apabila anda melihat pada back case tertulis Water Proof (bukan Water Resistant), bermakna jam tersebut dibuat pada tahun sebelum 1990 atau negara pembuat jam tersebut tidak mengikuti standard antarabangsa.

Jadi, maksud Water Proof dan Water Resistant lebih kurang sama saja, hanya perbezaan penyebutan saja. Cuma zaman sekarang ni kita dpt tgk org tak guna Water Proof dan dia guna istilah Water Resistant.

ATM / Bar / Meter (m)?

Untuk menandakan ketahanan air sebuah jam tangan digunakan satuan tekanan di atmosfera (ATM), Bar dan juga meter (m). 1 ATM = 1,01325 Bar = kurang lebih 10 m. Kalau dibulatkan menjadi 1 ATM = 1 Bar = 10 m.

Jam tangan yang hanya tulis Water Resistant saja (di belakangnya tidak ada tulisan 5/10 BAR / ATM / m) sebenarnya tidak boleh digunakan untuk berenang. Untuk info yang lebih jelas ada dibawah. Untuk maklumat keterangan tulisan ketahanan air pada sebuah jam dapat dilihat pada bahagian back case atau penutup jam seperti gambar dibawah.

Keterangan Water Resistant

Jam tangan yang ada tulisan Water Resist 100 m bukan bererti jam tangan tersebut boleh digunakan untuk menyelam hingga kedalaman 100 m. Namun yang dimaksudkan adalah 100 m tekanan air (bukan kedalaman sebenar).

Oleh kerana itu banyak pengeluar jam yang memilih menggunakan satuan tekanan (Bar atau ATM) berbanding unit meter (m) yang lebih kerap di analogikan sebagai unit jarak.

Klasifikasi ketahanan air jam tangan ditentukan oleh pengeluar jam.

Disebabkan tidak ada bahagian pemeriksa rasmi yang menyatakan standard Water Resist setiap jam tangan yang di keluarkan, maka Admin kongsi klasifikasi jenis jam seperti dibawah:

Splash Resistant, Water Resistant 3 Bar / 3 ATM / 30 m atau hanya tertulis Water Resistant saja: Tahan air untuk kegiatan sehari-hari, hujan, percikan air. Tidak sesuai digunakan pada saat berenang atau terkena air bertekanan, misalnya terkena semburan air dari hos.

Water Resistant 5 Bar / 5 ATM / 50 m: Boleh digunakan untuk berenang di kolam renang atau di perairan cetek dan untuk pekerjaan yang berkaitan dengan air, misalnya memancing. Tidak sesuai digunakan untuk snorkeling dan terkena air bertekanan tinggi.

Water resistant 10 Bar / 10 ATM / 100 m: Boleh digunakan untuk berenang, snorkeling dan pada aktiviti sukan air yang bersifat rekreasi. Kurang sesuai digunakan pada keadaan terdedah kepada air bertekanan tambahan tinggi, misalnya pada sukan Jet Ski profesional.

Water Resistant 20 Bar / 20 ATM / 200 m: Boleh digunakan pada segala macam aktiviti marin profesional dan ski diving (menyelam cukup dalam)

p/s : Tanggal jam masa sedang mandi atau mencuci, kerana kandungan kimia dari sabun dan syampu dalam jangan panjang boleh merosakkan getah seal jam. Jam tangan yang direka secara khusus untuk menyelam menggunakan tabung, pada back-case nya akan tertulis Diver ‘s Watch atau Dive Watch. Untuk klasifikasi sebagai berikut:

Diver ‘s 100 m / 150 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving. Jam yang bertuliskan Diver ‘s 100 m atau 150 m biasanya adalah jam tangan yang keluaran lama.

Diver ‘s 200 m / 300 m: Boleh digunakan untuk Scuba Diving, mempunyai perlindungan yang lebih baik berbanding Diver’ s 150 m. Tidak sesuai digunakan untuk Saturation Diving.

Diver ‘s> 300 m: Boleh digunakan untuk Saturation Diving (selaman dalam yang menggunakan tabung dengan campuran gas helium).

Semoga bermanfaat

Sumber: BIDA Accessories STORE

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.