Siakap Keli

“Ganggu Fokus Juruterbang,” Hukuman Mati Untuk Pelancong Yang Ambil Gambar Berhampiran ‘Airport’ Thailand

Pelancong boleh berdepan dengan hukuman mati jika didapati mengambil gambar berhampiran pantai di sekitar kawasan lapangan terbang di Thailand.

Pantai berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket sangat popular dengan pelancong yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar berlatar-belakangkan pesawat yang sedang berlepas.

Timbalan Pengurus Besar Lapangan Terbang memberitahu media bahawa tindakan itu secara tidak langsung boleh mengalihkan fokus juruterbang.

“Kami sedang menubuhkan zon keselamatan yang akan dikategorikan sebagai kawasan larangan orang ramai mengambil gambar.”

“Selain dari kawasan ini, penduduk tempatan dan pelancong masih boleh mengambil gambar seperti biasa.”

“Penalti maksimum adalah hukuman mati.”

“Penalti bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan ini termasuk hukuman mati, hukuman mati atau hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, mengikut Akta Penerbangan Udara 1978.”

Sumber: Mirror UK

Nur Farra

writ.er / [rahy-ter]
-noun
1. a peculiar organism capable of transforming caffeine into books.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di