Siakap Keli

‘Kalau Nak Suruh Tukar, Ambillah Si Polan bin Si Polan Ni’ – Kes Acap Hilang, Dimanakah Sensitiviti Segelintir Orang Kita?

Dari kes orang hilang biasa, kes kehilangan Acap kini menjadi tumpuan mata-mata di seluruh Malaysia. Kini, sudah lebih dua minggu Acap, atau nama sebenarnya Mohamad Asyraf bin Hassan tidak dapat dikesan biarpun usaha mencari tanpa henti dilakukan.

Selain usaha pencarian dari pihak Bomba dan penyelamat, pakar-pakar agama juga turut turun padang bagi membantu mencari Acap.

Semenjak beberapa hari ini, pelbagai desas-desus muncul tentang kehilangan Acap yang mana salah satunya mendakwa bahawa Acap telah ditarik ke alam ghaib dan kononnya telah berkahwin dengan orang bunian. Selain itu, turut dikatakan bahawa ‘pertukaran’ perlu dibuat supaya Acap dapat ‘ditarik’ kembali ke dunia ini.

Setakat ini kebenaran disebalik desas-desus itu tidak dapat disahkan namun apa yang menyedihkan adalah sikap segelintir orang kita yang menjadikan perkara terbabit sebagai salah satu point untuk berjenaka di media sosial. Untuk mendapatkan like mungkin?

Antara komen yang terakam di media sosial menyebut: “Kami nak acap balik..Pulangkan acap.. Klo mintak suruh pertukaran, amek je ********… Kami x nk dia”, tulis komen itu yang menyebut nama seorang menteri. Tanpa sebarang rasa sensitiviti, komen itu dilemparkan disebuah video yang berkait dengan kehilangan Acap. Komen tersebut mendapat lebih 300 sukaan.

Kebanyakan komen-komen ‘jenaka’ yang dilemparkan itu bersifat politik dimana banyak nama-nama ahli politik yang disebut. Selain itu, ada juga yang melemparkan komen sedemikian rupa kepada rakan-rakan untuk ‘bergurau tanpa had’.

Tidak kisahlah sama ada isu ‘pertukaran’ itu benar atau tidak tetapi dimanakah sensitiviti golongan-golongan ini yang boleh berjenaka ketika keluarga Acap kini sedang susah hati dan berusaha mencari ahli keluarga yang tersayang?

Kepada yang telah terlanjur kata melemparkan komen sedemikian, ada baiknya jika komen-komen ‘jenaka’ itu dipadam. Siapa tahu, mungkin ahli keluarga Acap akan membaca ruangan komen dan terbaca akan ‘jenaka’ anda. Adakah mereka akan tergelak apabila melihat komen anda nanti?

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....