Siakap Keli

(Video) “Siap Nak Baling Kon Lagi,” Pukul, Tendang Pengawal Keselamatan Berusia, Pelawak Terkenal Dikecam

Semalam tular satu rakaman cctv memperlihatkan seorang lelaki berang dengan seorang pengawal keselamatan sebuah kawasan perumahan dan bertindak mencederakannya.

Lelaki tersebut didakwa merupakan seorang pelawak terkenal berusia dalam lingkungan 40-an.  Insiden dipercayai berlaku apabila lelaki tersebut tidak dibenarkan masuk melalui palang keselamatan residen tersebut.

Dia kemudian bertindak menumbuk pengawal keselamatan itu sebanyak 3 kali dibahagian muka kemudian turut menendangnya di bahagian pinggang.

Rata-rata netizen yang mengenali susuk tubuh pelawak berkenaan mengakui kesal dengan tindakannya.

Salah seorang individu dipercayai rakan sekerja pengawal keselamatan terbabit memberitahu bahawa mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital dan diberi cuti selama 3 hari.

Sumber: Video TV3

Nur Farra